December 13, 2009

Kenapa Perlu Memilih Induk Ayam Arab


Ayam arab diternakkan terutama untuk penghasilan telur yang banyak. Sifat genetiknya sebagai petelur yang produktif berbanding dengan ayam kampung biasa (ORI).




PAK TEH Agro Farm kini mempromosi baka induk ayam arab yang sihat dari ladang :

Umur : 10 minggu

Harga Seekor:

Jantan : Rm15

Betina : Rm18



Harga boleh dirunding lagi.. Thank you

December 1, 2009

Perbezaan Berat ayam-ayam Kampung Ori + Kacok

Balik Pada Hari raya korban tempohari : 

Ayam Kampong Ori (Arab + Ori) : 

Umur : 9 minggu (2bln 1 minggu)

Berat : 400gm - 1kg

o Yang pelik nye umur 41 hari je ayam-ayam kg Ori ni dh mula berkokok tp yg betina tk berapa besar lagi.

o Tk pasti la jugak bila la badan dia nk berat melebihi 1.2kg...



Ayam Kampung Kacok : 

Umur : 9 minggu (2bln 1 minggu)

Berat : 800gm - 1.3kg

o Sudah berkokok tp belum nampak matang seperti ayam kampong Ori.




Jumlah ayam kampung kacok

 Pak teh Agro Farm menambah lagi jumlah ayam kampung , kini mencecah kepada 520 ekor.

Batch pertama, kedua mungkin memasuki pasaran pada januari 2010..dan dituruti batch ke-3 nanti...

o Makanan ayam-ayam kampung Pak Teh Agro Farm memang istimewa :

- Dedak Cargill - Starter + Grower

- Nasi panas - Memang khas di masak setiap pagi (5am)

- Sekam

- Jagung sebagai perisa (Ada org kata bg jagung nanti daging ayam ni manis)

o Minuman : 

o Ubat khas (merah) yg di beli di farmasi ( RM35) 

o EM1

o Menu istimewa ni akan dihidangkan setiap 4jam sekali..

o Pada sebelah mlm pula cuma dedak cargill (grower) sebanyak 3kali setiap mlm.



November 18, 2009

Anak-anak ayam semakin besar

Anak-anak ayam semakin besar...tk sabar nk timbang semua anak-anak ayam kt kg..

Insyallah raya haji nt aku balik kampung....

November 12, 2009

Perbezaan ayam kampung ori & ayam kampung kacuk

Perbezaan ketara ayam kampung Ori & Kampung Kacuk :

Umur 5 minggu -
Anak ayam kg. Ori cuma 350gm
Anak ayam kg. Kacok adalah 500gm


Tumbesaran yg sekata bagi anak-anak ayam ini akan di record dan ada juga yg tk berapa besar..tetapi anak anak ayam itu akan diasingkan kerana kadang kala mereka ni di tindih atau di patok oleh anak anak ayam yg lebih besar.


Planing buat kertas kerja bermula...............

Batch 4 - 100 Ekor Anak Ayam Kampung tiba.

Batch 4 - Anak - anak ayam kampung tiba di Ladang ternakan Pak Teh pada 12 Nov 2009 sebanyak 100 ekor.

Batch pertama - Tiada kematian lg walaupun pada musim hujan.
Batch kedua - Tiada kematian juga
Batch ketiga - 1 kematian.

Semua dh start kuat makan dedak so kena carik alternatif lain seperti Ubi kayu.

October 29, 2009

Anak - anak ayam kampung kacok di Pak Teh Agro Farm






Progress Projek ayam kampung

Selepas 1 bulan bermula projek ayam kg ni ..aku nampak projek ini berjalan lebih lancar drp aku jangkakan.

Hari ni aku akan upload gambar-gambar yang aku sempat ambil semalam..dalam pada aku gembira ada juga yg sedih sebab banyak juga anak2 ayam aku mati.

Anak ayam kampung Ori (batch 1) dh 9 ekor mati , Anak ayam Kacok 4 ekor mati (batch 2) , Anak ayam Kacok 2 ekor mati (batch 3).

October 24, 2009

Anak ayam kampong mati

Pagi tadi call mak kt kampong...mak kata banyak anak ayam dh mati...sekang ni dh hampir 10 ekor dah...

macamana ni...aku dok jauh tkleh jengok selalu..hope ari selasa nt tkde hal sgt..aku nk balik jengok ayam2 aku kt kampong tu...

October 11, 2009

Reban Ayam Kampong - 1st Batch





Pada 22 Sept 2009 aku balik kampong melawat tapak projek ternakan ayam kampong yang diusahakan oleh ayah aku sendiri..
Cuba anda lihat projek yg cuba kami mulakan , Memang hobi ayah aku bertukang :

October 8, 2009

Ayam Kampong Pak Teh started New Year : 2010

For the next january 2010 , Our target for marketing for "ayam kampong Pak Teh " is 110 " Ayam Kampong Ori".Location for the market around Jasin,Tangkak,Muar, Nyalas,Asahan.
But i already got a few contacts no. for " Peraih" ....dun wori about the market..Insy'Allah everything is under control. Amin.!!
For the next month (Feb 2010) ..we have about 200 "Ayam Kampong Kacok" .

Projek Ayam Kampung Bermula

Projek Ayam Kampung di Jasin bermula. Aku berkongsi Modal Dengan Ayah dan di ikuti oleh ahli-ahli keluarga yang sudi memberi sedikit khidmat nasihat,gembeling tenaga tulang empat kerat untuk menjayakan projek ini.

Reban yang dibina berdekatan dengan rumah.kesemuanye ayah sendiri yg keluarkan modal. Tak sangka begitu banyak modal ayah keluarkan..

Aku memang berpengalaman dengan penternakan ayam dr kecik2 dulu ..dan pada bulan june 2009 aku mengikuti kursus penternakan ayam kampong dan puyuh pedaging di ITU Melaka.
Kini aku certified by ITU untuk menjadi penternak berjaya. insyallah


Ubat-ubat yang diguna seperti :
1) EM1
2) Ubat Merah (Rm35)

Segalanye bermula dari sini...insyallah aku akan buat sedaya upaya aku untuk menjaya / merealisasikan impian ayah..

Kepada Otai-Otai Penternakan ayam kampung ni ...segala nasihat anda diperlukan..