August 11, 2010

Aksesori incubator untuk dijual. - TIADA STOCK

Salam Ramadhan kepada semua pelanggan kami:

Saya ingin menjual aksesori incubator iaitu Thermo Hygrometer . Kegunaannya adalah penting bagi mempertingkatkan peratusan penetasan bagi satu-satu incubator, tidak kira anda menggunakan incubator PVC (Plastik) atau Playwood.

Saya telah pun menggunakan Hygrometer sejak akhir - akhir ini, ianya amat berkesan bagi menentukan tinggi rendah suhu "humidity" didalam satu-satu incubator...Bagi yang pernah menggunakan Hygrometer ini akan merasa perubahan didalam peratusan penetasan telor ayam kampung, burung puyuh,itik,ayam belanda..

Sila Klik di sini

August 10, 2010

My Baby Button Quail


SALAM ,

Saya telah pun berjaya mendapatkan beberapa ekor "Chinese Painted Button Quail"
size agak kecil berbanding puyuh pedaging IKTA / Puyuh Telor..saya cuba menambah lagi koleksi eksotik di dalam keluarga ternakan PAK TEH AGRO FARM. Apa yang menarik adalah button quail ini akan mula bertelor seperti puyuh biasa (sekiranya sesuai dengan persekitaran).
Saya bertemu dengan seorang pelanggan saya dari jerantut, Pahang menceritakan tentang pengalaman pelihara button quail yang pernah bertelor mencecah hampir 100 biji tetapi tidak dapat menetaskan telor-telor button quail itu kerana tidak ada incubator..Harga pasaran bagi Button quail ini adalah RM40 seekor dan anak berumur 3minggu RM25 seekor..Insyallah sekiranya saya berjaya menetaskan telor-telor button quail ini..saya akan menjual nanti..


Cuba Lihat size button quail ini cuma bersize anak puyuh pedaging berumur 5hari sedangkan button quail ini berumur hampir 1bulan.