September 17, 2010

Raya sakan ..Telor dalam incubator jangan dilupakan..

Salam Aidilfitri kepada semua, Mohon ampun dan maaf dipinta dari kami PAK TEH AGRO FARM


Telor - telor puyuh pedaging sebelum balik raya...lom sempt candling.

Cuba lihat perbezaan telor Ayam Kg/Kacok Arab/Puyuh pedaging/Button quail.

Cuti raya tahun ni mmg panjang ..saya mengambil kata putus meninggalkan button quail di rumah kami di bandar seri putra ni...baru start nak bertelor pulak tu.. satu lg yang saya tinggalkan adalah seratus lebih telor puyuh pedaging yang belom sempat proses candling lagi.
Raya sakan punye pasal tkpe la..saya balik ke kampung mertua dan kampung saya sendiri di jasin selama 6 hari..telor - telor tak pusing selama bercuti ni..kalau ada rezeki insyallah menetas la..
Balik cuti raya petang tu saya bergegas ke bilik setor utk tengok button quail dan telor di dalam incubator tu..nak kena candling pulak mlm tu..

Sebakul telor untuk dibuang.

Selepas candling...telor-telor ni bole buang sbb embryo telahpun mati dan ada yang tiada benih langsung dan blood ring (bacteria)..separuh dari jumlah telor-telor yang ada. Kepada yang menggunakan incubator manual anda perlu mengambil berat tentang pemusingan telor, kestabilan suhu didalam incubator dan proses candling telor.

Telor - Telor Button Quail (Berhasil tetapi sukar mendapatkan telor yg ada benih)


Cuma ini saje hasil kali ni..sbb penangan RAYA SAKAN punye pasal

Pada sesiapa yang belum menggunakan hygrometer ..pegi la beli atau order saje kat saya..nanti saya pos kan..anda cuma guna 1 saje hygrometer tetapi kegunaannya banyak samada anda ingin setting @ pantau suhu incubator dan suhu didalam brooder.
Banyak telor yang dh buang kerana tiada benih + Embryo mati pada stage ke 3 dan blood ring (bacteria)..

Satu tips berguna untuk anda :

1) Pantau suhu menggunakan hygrometer (kerana ada humidity %)
2) Kestabilan suhu didalam incubator amat penting untuk meningkatkan peratusan telor - telor yang dieramkan.
3) Pemusingan telor yang konsistent. (lagi kerap lagi bagus).. saya tk pusing 6 hari pada stage yang ketiga (hari ke 13 - 17) so ni la akibatnya..

Sekian sahaja tentang pengalaman saya meninggalkan telor-telor puyuh tanpa di pusing selama hampir seminggu.

September 5, 2010

Ternakan dan Perkhidmatan terbaru dari Kami - October 2010




Silver Button Quail


Di bawah ni induk button quail.



Salam ramadhan kepada pembaca / pelanggan kami,

Dah lama rasanya tk update blog sejak saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit perubahan kepada ternakan ayam kampung kepada burung puyuh (pedaging/chinese painted button quail).Reban pun dalam proses renovation lagi.buat masa ni masih dalam perancangan dan di dalam tempoh percubaan lagi sehingga hujung tahun ini.Pada dasarnya kami ingin menjadi penternak ayam kampung dan ayam arab sahaja tetapi masa tidak menyebelahi saya untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan ayam kampung ini dan ada sedikit sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Urusan jual beli dan perkhidmatan kami adalah :

1) Jual beli Ayam Arab dan Puyuh Pedaging (October 2010)
2) Jualan / service incubator manual (PVC jenama Toyogo dan Playwood)
3) Jualan aksesori incubator (Hygrometer, Thermometer Digital, Thermostart)
4) Usahasama : Jualan incubator Automatik.
5) Usahasama : Jualan Ayam sabung dan burung terkukur (Stock tak banyak)

Kami akan memulakan pembiakkan selepas Aidilfitri nanti.

1) Pembiakkan Puyuh Hiasan iaitu Chinese painted button quail dan White Courtunix.


Sekian