October 13, 2019

13hb okt 2019 - Farm kami officially open to public

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yg memberi kami sekeluarga rezeki yang tidak putus - putus biar pun kami baru sahaja satu tahun lebih full time penternak & bekerja sendiri.

Utk perkembangan terbaru Kami telahpun membuka animals farm & café. Apa yg ada di sini kebanyakkan haiwan-haiwan jinak ( koleksi kami bukan la mcm zoo) . Harga lawatan agak rendah memandangkan haiwan2 cuma ada around 200 ekor. Rm5 ( dewasa) Dan rm4 (kanak2). Joy riding horse Rm5/per ride.























Haiwan-haiwan yang ada seperti burung2, ayam exotic, kuda-kuda , burung unta , biri2 , arnab , hedge hog , guinea pig, guinea fowl , burung merak , burung kuang emas.
In Sha ALLAH Kami akan tambah baik lagi dimasa akan datang.

Perancangan akan datang:
Kami yakin ini adalah salah satu usaha anak tempatan , Kami akan cuba berhubung terus dengan beberapa agensi kerajaan untuk membantu dari segi pengiklanan, penambah baik fasiliti haiwan-haiwan disini.

Ada yang bertanya keluasan farm kami. Ia cuma berukuran around hampir 2 ekar yg boleh memuatkan pelbagai jenis haiwan.

Selain dari itu, konsep animals farm & cafe ini adalah berlainan dari tempat-tempat makan yang ada di sekitar melaka ini. Menu utama di cafe ini adalah char kuey teow udang , Bihun sup tulang dan coconut shake.

Rancangan kami adalah untuk memperbesarkan lagi cafe ini. Kerana pada waktu-waktu tertentu adakalanya penuh dengan pelanggan dari luar daerah #jasin .
Ada yang kata kuih muih kami sedap2 belaka. Hehe. Alhamdulillah.
In Sha Allah Kami akan cuba yg terbaik utk kekalkan rasa dan kualiti kuih muih kami.

Sekian
Admin (Pakteh Farm)

1 comment: