March 26, 2010

Siapakah MENTOR anda??




Salam ,
Siapakah Mentor Anda ??? Mentor saya adalah rakan karib sendiri yang saya panggil dia " ANN"...Saya amat berbangga kerana mempunyai rakan karib penternak puyuh yang berjaya. Beliau adalah rakan baik yang pernah merasa susah payah ketika memulakan penternakan seperti anda.. dan kini beliau sedang membangunkan salah satu tempat penternakan puyuh terbesar di malaysia .Dimana tu? nanti anda akan tahu..Ladang yang sedia ada pun saya rasa amat besar..berbanding dengan ladang - ladang penternak lain..Anda bangga tak kalau ada sahabat yang amat berjaya ??....Pak Teh Agro Farm..pun berhasrat ingin menjadi seperti beliau nanti..tapi kami cuma merancang ...segala rancangan berjalan lancar sekarang cuma peruntukan modal tidak mencukupi lagi..Apa yang penting kita perlu lah jujur dalam perniagaan ini..Apa yang saya banggakan beliau telah pun mendocumentkan segala prosedur - prosedur yang beliau rancangkan...Usia awal 30-an membuatkan kami teruja dengan kejayaan beliau...syabas ANN..

Apa yang saya pasti beliau menitik berat tentang bahayanye apabila anda menjemput atau didatangi rakan ternak dari luar...untuk melihat ternakan anda...segelintir penternak amat bangga ramai datang mengunjungi tempat/ladang ternakan anda...apa yang saya faham..anda silap....anda tidak boleh sewenang -wenangnya menerima kunjungan rakan ternak ke tempat anda...cukup la sekadar minum - minum di depan or didalam rumah ..dikuatiri pengunjung - pengunjung itu membawa virus pergi ke tempat anda... Cubalah anda renung-renungkan..kerana saya terbaca didalam blog rakan ternak sekarang banyak ternakan telah dijangkiti virus...Saya sebagai rakan karib beliau pun tak dapat untuk melihat ternakan beliau...apa yang saya faham beliau mengeluarkan lebih 30,ooo ekor puyuh pedaging setiap bulan...Wooww banyak kan? bagaimana beliau menternak sebanyak tu? ..Apa yang saya dengar kini beliau membelanjakan lebih RM14,000 untuk makanan ternakan beliau , mempunyai berbelas orang pekerja, Baka Induk puyuh sendiri maybe dalam 5000 ekor, Mempunyai incubator yang banyak ..Yang terbaru semalam beliau inform Incubator yang besar dah sampai....mencecah RM200k yang baru sampai...berapa biji telor puyuh boleh masuk? 80,000 biji rasanya..Banyak kan? ..bagaimana dengan pendapatan beliau? maybe lebih dari 25,000 sebulan.
Bangga saya menjadi rakan beliau + Anak bangsa melayu yang berjaya.... Anda bagaimana??

Pesanan beliau kepada saya .. Nak menternak boleh ..tapi buat betol-betol...pergi kursus yang jabatan veterinar negeri anjurkan..kalu pergi kat orang perseorangan boleh je sbb tu ilmu juga..tapi tidak bertauliah..kerana jabatan kerajaan anjurkan tu di datangkan oleh penceramah - penceramah yang bertauliah seperti doctor veterinar, penceramah yang mempunyai pengalaman yang lama dan berjaya, Pengarah jabatan veterinar...pengarah ITU...
Tempat kediaman yang serba lengkap, makan , minum memang sedap...(mcm kat ITU last year)....kalau orang perseorangan saya rasa okay je kalu anda berkemampuan tapi sijil yang dia orang keluarkan diiktiraf atau tak??
Sebagai penternak ayam kampung ORI / Arab saya mempunyai hasrat ingin menjadi seperti beliau...tapi mungkin mengambil masa yang lama kerana masih lagi menggunakan duit gaji sendiri... saya mempunyai kerja yang tetap di Cyberjaya...hehe..Bye- Bye Hewlett Packard....Untuk pekerja-pekerja TM cyberjaya...saya join anda nxt week..(Nanti boleh jual ayam kampung kt diaorg pulak)

Wassalam

March 24, 2010

Ayam ayam ...Jual Ayam , Jual Ayam!!!


Hello dan Salam semua,

Alhamdulillah rezeki Allah Taala, Ibu Bapa saya telah selamat kembali dari mengerjakan Umrah..hopefully apa yang ibu bapa saya doakan disana akan menambahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga..Amin

Pak Teh Agro Farm akan membuat penambahan pada penjualan anak-anak ayam dan ayam induk.Pak Teh Juga telah membuat janji temu bersama rakan ternak pak teh (Rakan Karib) yang telah berjaya di dalam bidang ternakan ini. Pak Teh bercadang akan membuat perubahan dari segi promosi ternakan..kerana setelah beberapa bulan ini pak teh telah membuat tinjauan di kalangan penternak - penternak di luar sana.

Perubahan akan dibuat adalah dari segi promosi anak-anak ayam yang ada di Ladang Pak Teh Agro Farm. Pak teh juga akan membuat promosi terbaru iaitu incubator berskala kecil yang diambil dari rakan karib saya tidak lama lagi kerana masih lagi didalam proses kajian lagi..sekiranya ianya berjaya , rakan saya akan membuat promosi untuk incubator beliau.. (Harga/kapasiti pun tak tahu lagi)..

Kami akan menumpukan kepada induk ayam arab silver dan ayam arab merah..Promosi bagi April sudah ditutup..kami akan membuat promosi ternakan kami pada June 2010 nanti.

Wassalam