August 12, 2011

Kami melangkah lagi setapak kehadapan

Assalamualaikum WBRT.

Saya saje je nk menaip pagi2 jumaat yg mulia ini...Alhamdulillah kami sudah mula mengorak langkah ke hadapan. Di bulan yg mulia ini bermacam2 dugaan melanda kami. Insyallah kami akan tetap teruskan walaupun pada masa ini dh hampir " tempang" sambil membawa gandar yg berisi "rezeki" dari Allah.. Sungguh begitu saya amat berterima kasih pada ibu bapa + isteri dan juga anak2 yg sentiasa memberi semangat pada saya.

Ramai juga rakan2 ternak dan juga pelanggan bertanya dgn soalan yg sama.. " pakteh .. Mcmana dgn bisness sekarang" ? ..jawapan nya Alhamdulillah setiap hari ada order insyallah.

Soalan lain " pakteh...saya nak menternak ayam ..berapa modal saya perlukan? ...yg ni saya tkleh jawap berapa kos nya.....kalu anda nk bela bnyk...modalnya banyak.kos kemudahan,tempat,makanan mesti ambil kira sebelum mengambil keputusan membeli anak benih...tp jgn lupa pulak cari market bila ayam2,itik2 tu dh membesar...kalau bole "ushar" pasaran lebih awal.

Saya cuma nak menceritakan pengalaman saya..ada org nk menceburi bidang ini umpama main saham, anda silap..bidang penternakan ni bukan main saham...bidang ni bukan jalan pintas untuk cepat " kaya" ...kalu hari ini anda labur 10k...esok lusa duit tu masih belum jadi 20k..anda harus sabar, tetapi apabila dh mula..baru anda nampak bidang penternakan ini luas..market pun mudah..bila orang dh mula kenal. tk cukup tangan nk ambil order...

Kini kami melangkah ke setapak lagi dengan usahasama dengan beberapa sahabat untuk menjual burung2 peliharaan di pasaran Kuala Lumpur, N.Sembilan, Melaka. Adakalanya saya stock yang sampai tidak mencukupi..

Terlintas di hati untuk mencari "Rakan Kongsi" untuk melebarkan lagi sayap kami..bagi yg baru nak menternak tu tapi masih was2 tentang pasaran,cara menternak bole hubungi saya.mana tau anda bole masuk jadi "rakan kongsi" kami .memang saya akui produk keluaran saya tidak banyak berbanding penternak2 lain tapi saya telahpun mempunyai hubungan "akrab" bersama beberapa orang supplier untuk mendapatkan dengan harga murah..

Memang saya akui saya memerlukan suntikan modal lagi kerana kami telahpun menerima order lebih dari jangkaan. ada org berminat dalam bidang ini secara sepenuh masa ke?

Saya akan listkan beberapa produk keluaran kami :

1) Incubator manual (plywood) - Kuantiti yg telah dijual - 120 unit (setahun)
2) Nestbox (Sarang burung parrot) - Kuantiti yg telah dijual - 80 unit (sebulan)
3) Burung Lovebird
4) Burung Budgie (jenis A, C)
5) Burung Indian Ring Neck
6) Cockateil
7) Dan Lain2 lagi


Sekian

August 4, 2011

INDIAN RING NECK - Color Blue untuk Dijual.



Saya Ada 2 ekor Baby Indian Ring Neck color blue. Mungkin ada ramai tidak pasti jenis yg mana satu. Spesis ini tidak memerlukan lesen memeliharanya..so tk perlu risau.Umur dh hampir sebulan. Esok baru sampai di bangi.

Saya nak jual murah RM480.00 /ekor
Harga Pasaran RM600 -RM700/ekor


Contoh Gambar ada di atas yg di ambil dari sahabat saya sendiri :

July 23, 2011

Burung-Burung Jenis Parrot untuk di jual - UPDATE

Salam sejahtera,

Saya ingin menjual beberapa jenis Burung PARROT :

PAIR
====
1) Love bird Peach Face ( ada 10 ekor ) - RM200/pair or RM120/ekor
2) Lovebird Lutino Red Eye ( ada 2 pair) - RM300/pair
5) African Grey - RM3000/pair

BABY HANDFEED
==============
1) Indian Ringneck - umur 3-4 weeks
- Color Biru -RM600
- Color Hijau kekuningan - RM550




Peachface Lovebirds
Lutino Peachface red eye

July 5, 2011

July 2011:Pembukaan Bengkel/Kedai Pak Teh Agro Farm di Senawang


Salam sejahtera,

Maaf kerana lebih 3 bulan menyepi..bukan tk mau update tapi sejak kebelakangan ini saya menerima tempahan incubator , Nest Box, Jualan burung-burung agak menggalakkan.
Kini kami melangkah setapak lagi.. sebagai permulaan kami telahpun membuka bengkel untuk membuat untuk beberapa produk dari kami :


1) Incubator plywood (Size 40,60,100,150 biji)
2) Reban bertingkat ayam Serama
3) Sangkar besar untuk burung-burung seperti budgie,lovebird,cockateil dan lain2 (Aviary)
4) Breeding Cage (Sangkar berkembar & Bertingkat untuk pembiakkan untuk Budgie,lovebirds,Cockateil dan Merpati - Sesuai untuk rumah taman atau halaman rumah)
5) Nest box (Sarang burung budgie,Lovebirds,Cockateil,Finch)
6) Birds Toys (Dlm proses design)

Bengkel kami berada di Taman Tunku Najihah (bersebelahan Taman Tunku Jaafar) di senawang. Kedai masih kosong kerana didalam proses memindahkan barang2/produk kami.

Insyallah kami akan update dari masa ke semasa . Terima kasih tak terhingga kerana ramai diantara rakan2 niaga/penternak burung/penternak unggas lain memberi sokongan dan juga semangat untuk maju setapak lagi.

Segala pertanyaan bole call saya : 013-3227141 (Din)

March 19, 2011

Incubator Playwood keluaran Pak Teh Agro Farm



--------------------------------Mentol 4 biji - kapasiti 100 biji - 150biji


Assalamualikum WBRT.

Info kepada bakal-bakal pembeli incubator playwood tebal (12mm) / setengah inci keluaran Pak Teh Agro Farm.

Setiap Pembelian anda akan mendapat :

1) 1 set incubator playwood (Pemegang pintu yg berukir dan saya pasang Magnet di pintu)
2) 1 set hygrometer digital ( Mengukur suhu kepanasan dan kelembapan)
3) Percuma !! Lampu suluh LED untuk proses candling
4) Percuma !! Mentol spare.
5) Buku Panduan menggunakan incubator
6) Bekas air

Lokasi : Bukit Mahkota Bangi.
CARA-CARA menggunakan incubator akan saya terangkan ketika mengambil incubator..
Proses pembuatan 3 - 7 hari (kadangkala proses pembuatan agak lama kerana tempahan semakin hari semakin banyak dan kerja-kerja di office tu belambak-lambak) sorry ye..


INSYALLAH...bulan MAY/JUNE 2011 akan bermula jualan incubator di Jasin ( kampung chin-chin). sekiranya tiada aral melintang kami akan membuat stock incubator yg telahpun siap di jasin nanti.. jadi para pelanggan boleh datang terus melihat dan membeli secara terus dan tak perlu menunggu sehingga seminggu untuk setiap tempahan..

Apa yang ada di kedai Pak Teh tu nanti ??

1) Incubator Playwood
2) Sangkar burung / jebak burung.
3) Burung - burung (mungkin masuk sedikit demi sedikit)
4) Peralatan membuat incubator
5) Aksesori untuk burung / ternakan (Nest Box, Reban Didik untuk anak puyuh/button quail/serama).
6) Makanan burung/ternakan (dalam planning lagi)

Insyallah sedikit demi sedikit kami akan buat bagi memudahkan para pelanggan & menambah baik mutu perkhidmatan kami.

Doakan kami berjaya..insyallah..

wassalam.

March 17, 2011

Burung-Burung dan Incubator





Salam,
Rasanya dah lama tk update blog ni, ampun maaf di pinta kerana saya terlalu sibuk kerana dah lama tak dapat update, Kalau dulu saya cuma menjual puyuh daging,ayam kampung,ayam arab tetapi saya kini lebih cenderung menjual burung-burung peliharaan yang jinak dan manja. Kini tempahan incubator playwood tidak putus-putus pelanggan menempah, hampir setiap minggu kami menjual 5 - 12 unit incubator pelbagai size.

Antara burung-burung yg menjadi idaman pelanggan saya adalah terdiri dari burung-burung tempatan dan dari luar negara. antaranya adalah Button Quail, Lovebird,Budgie, Budgie English, cockateil,Congo African Grey, Monk Parakeet,Burung Tiong,Burung Murai kampung, murai batu, leafbird (burung daun), canary, serindit,puling dan bayan.ada juga jenis ini saya tak dapat penuhi permintaan pelanggan kerana tiada stock.

Kenalan dan juga pelanggan semakin ramai, Kini kami dapat rasakan kami telah pun maju setapak lagi kerana kami akan membuka sebuah kedai kecil di jasin tidak lama lagi. Insyallah sekiranya di izinkan Allah ,kami akan membuka kedai jualan incubator,burung-burung dan juga peralatan membuat incubator. Kedai yg kami dirikan agak kecil kerana modal tidak lah terlalu banyak.cuma kami akan membuka kedai itu sebagai " langkah pertama" kami untuk terus maju setapak lagi. Terima kasih untuk ayah,isteri dan rakan-rakan ternak yg tak putus-putus memberi semangat kepada kami.

Pada peminat-peminat burung ,Saya cuma menjual kepada yg betol-betol berminat sahaja tetapi saya tidak memelihara atau membuat koleksi sendiri kerana kebanyakkan burung-burung itu dikenakan lesen untuk memilikinya. Kebanyakkan burung peliharaan saya telahpun dijual kerana kawasan tempat tinggal saya tidak dibenarkan memelihara binatang..nanti jiran marah.

Pada minggu lepas seorang kenalan saya telah pun membeli sepasang "Crested Wood Patridge" ataupun burung siol dari seorang rakan., sungguh pelik saya tengok burung ni. seumur hidup saya tidak pernah jumpa spesis burung kuang ni. Spesis ini saya pernah terlihat di KL Bird Park dan mungkin di Zoo / Taman Kuang Ajil.

Gambar yang saya tunjukkan ini cuma gambar dari internet sebagai contoh sahaja...

January 28, 2011

Incubator Manual 2011

Assalamualikum WBRT,

Seperti saya telah janjikan kepada pelanggan saya baru-baru ini , Pada tahun 2011 saya telahpun mengeluarkan model-model terbaru incubator Playwood berukuran MINI iaitu berkapasiti 35 Biji - 350biji, Beberapa model mini telah pun diperkenalkan, Pada tahun 2010 saya telahpun mengeluarkan incubator playwood yg menggunakan playwood berketebalan 9mm dan 12mm, Sungguhpun permintaan terhadap incubator keluaran kami dahulu iaitu dari tong TOYOGO masih ada lagi peminat tetapi "malang"nya nasib saya kerana tidak dapat meneruskan jualan incubator PVC "TOYOGO" itu kerana Supplier tidak dapat bekalan yang konsistent. Buat masa ini kami terpaksa menghentikan jualan incubator PVC tersebut.


Saya akan membuat incubator playwood ini cuma bergantung kepada permintaan pelanggan yg meminati "seni" pertukangan dan kelihatan agak kemas apabila incubator ini di liliti dengan besi aluminium tahan karat dan ianya secara tidak langsung menutup kemas lubang2 halus di sekeliling incubator.


Persiapan menghantar ke Kuantan , Pahang





Kepada bakal pembeli ,Saya akan memberi sedikit idea untuk pengemar incubator playwood ini untuk mengelakkan dari "kulat" naik di dinding incubator ini, cara terbaru untuk monitor suhu,maintain suhu kepanasan..Saya juga menyapu "double layer" shellac untuk mengurangkan adanya "kulat" didalam incubator tersebut.

Setiap pembelian anda akan mendapat :
1) 1 Set Incubator Playwood
2) Hygrometer (mengukur suhu kepanasan dan humidity)
3) Lampu suluh LED
4) Buku Panduan
5) Bulb Spare

Wassalam.

January 22, 2011

Local Parrot pun saya jinakkan






Salam,

Setelah lama tak update blog ...saya telahpun berjinak2 dgn burung-burung parrot dan burung-burung kicau (Singing birds)...kalau duduk di rumah time2 cuti memang best..kicauan burung bermula dari pukul 6.30 pagi memecah hening pagi.kadangkala bunyi button quail , diselangi dengan burung lovebird,serindit dan juga puling..terasa seperti duduk dlm hutan....layan la..
Ayam kampung?? Buat masa ni mmg saya slow skit kerana nak clearkan betol2 sampar ayam yg melanda tempat saya.banyak anak2 ayam arab mati pada bulan 11 tempohari...insyallah saya akan mula semula nanti.

January 2, 2011

Update Jualan Pikat Terkukur & Ayam Hutan Kacok

Assalamualaikum WBRT,

Saya just nak update sedikit info untuk pelanggan kami, Hampir 10 -15 orang telah pun menghubungi saya baru-baru ini untuk membeli terkukur pesum dan juga denak ayam hutan,

Untuk makluman tuan-tuan semua untuk burung terkukur pesum sudah pun habis stock ( yg dah jadi pikat) kerana ada beberapa orang telahpun "menyambar" dulu, Kepada yg pernah memiliki pikat terkukur mesti tahu masa yg di ambil untuk menjadikan seekor burung terkukur hutan/anak pesum sehingga menjadi pikat...agak lama juga untuk mengajar burung ni menjadi pikat..kadang ada yg ikot "mood" nk berbunyi or diam membisu bila bawa ke hutan..Nanti kalau dah ada stock saya akan "iklankan" ye..terima kasih kepada beberapa pelanggan yang lebih awal "menyambar" pikat terkukur tu.

Bagi Pikat Denak buat masa ni saya menghentikan jualan kerana "SAMPAR MELANDA KEMBALI"walaupun ada tinggal beberapa ekor dan ada juga yg dh "pencen" untuk dijadikan Induk..kami juga sedang mencari betina-betina kacuk hutan untuk dijadikan "bini" kepada induk tersebut. Kami tidak mengurung pun ayam-ayam ini kerana kami lihat ayam-ayam ni lebih aggresif mengais/mencari makan sendiri..
so makanan seperti jagung/dedak tak banyak kami beri...

PENYAKIT :

Sampar melanda kembali, sebelum ni anak-anak tetasan dari incubator telah pun banyak tetapi bila sampar datang semula kami terpaksa hentikan jualan ayam-ayam tersebut kerana takot merebak kepada reban pelanggan kami. Kalau nak dibandingkan ayam kampung ORI atau ayam arab dengan ayam kacok hutan ni...rasanya ayam kacok hutan ni lebih tahan penyakit juga..Banyak juga ayam arab saya tergolek mati tetapi ayam hutan kacok ni alhamdulillah masih sihat..bukan tkde yg mati langsung tetapi ada juga anak muda mati..tkpe la bukan rezeki namanya..

No Telefon :
Din - 013-255 7273
Ijan - 012-760 7532 (No baru)

Sebelum saya mengakhiri, Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua pelanggan kami yg berada di serata Semenanjung Malaysia, Sabah , Sarawak, Brunei dan Singapura...Semoga Kalian mendapat rahmat dari ALLAH Taala dan juga di Murahkan Rezeki.

Sekian,