March 19, 2011

Incubator Playwood keluaran Pak Teh Agro Farm



--------------------------------Mentol 4 biji - kapasiti 100 biji - 150biji


Assalamualikum WBRT.

Info kepada bakal-bakal pembeli incubator playwood tebal (12mm) / setengah inci keluaran Pak Teh Agro Farm.

Setiap Pembelian anda akan mendapat :

1) 1 set incubator playwood (Pemegang pintu yg berukir dan saya pasang Magnet di pintu)
2) 1 set hygrometer digital ( Mengukur suhu kepanasan dan kelembapan)
3) Percuma !! Lampu suluh LED untuk proses candling
4) Percuma !! Mentol spare.
5) Buku Panduan menggunakan incubator
6) Bekas air

Lokasi : Bukit Mahkota Bangi.
CARA-CARA menggunakan incubator akan saya terangkan ketika mengambil incubator..
Proses pembuatan 3 - 7 hari (kadangkala proses pembuatan agak lama kerana tempahan semakin hari semakin banyak dan kerja-kerja di office tu belambak-lambak) sorry ye..


INSYALLAH...bulan MAY/JUNE 2011 akan bermula jualan incubator di Jasin ( kampung chin-chin). sekiranya tiada aral melintang kami akan membuat stock incubator yg telahpun siap di jasin nanti.. jadi para pelanggan boleh datang terus melihat dan membeli secara terus dan tak perlu menunggu sehingga seminggu untuk setiap tempahan..

Apa yang ada di kedai Pak Teh tu nanti ??

1) Incubator Playwood
2) Sangkar burung / jebak burung.
3) Burung - burung (mungkin masuk sedikit demi sedikit)
4) Peralatan membuat incubator
5) Aksesori untuk burung / ternakan (Nest Box, Reban Didik untuk anak puyuh/button quail/serama).
6) Makanan burung/ternakan (dalam planning lagi)

Insyallah sedikit demi sedikit kami akan buat bagi memudahkan para pelanggan & menambah baik mutu perkhidmatan kami.

Doakan kami berjaya..insyallah..

wassalam.

March 17, 2011

Burung-Burung dan Incubator





Salam,
Rasanya dah lama tk update blog ni, ampun maaf di pinta kerana saya terlalu sibuk kerana dah lama tak dapat update, Kalau dulu saya cuma menjual puyuh daging,ayam kampung,ayam arab tetapi saya kini lebih cenderung menjual burung-burung peliharaan yang jinak dan manja. Kini tempahan incubator playwood tidak putus-putus pelanggan menempah, hampir setiap minggu kami menjual 5 - 12 unit incubator pelbagai size.

Antara burung-burung yg menjadi idaman pelanggan saya adalah terdiri dari burung-burung tempatan dan dari luar negara. antaranya adalah Button Quail, Lovebird,Budgie, Budgie English, cockateil,Congo African Grey, Monk Parakeet,Burung Tiong,Burung Murai kampung, murai batu, leafbird (burung daun), canary, serindit,puling dan bayan.ada juga jenis ini saya tak dapat penuhi permintaan pelanggan kerana tiada stock.

Kenalan dan juga pelanggan semakin ramai, Kini kami dapat rasakan kami telah pun maju setapak lagi kerana kami akan membuka sebuah kedai kecil di jasin tidak lama lagi. Insyallah sekiranya di izinkan Allah ,kami akan membuka kedai jualan incubator,burung-burung dan juga peralatan membuat incubator. Kedai yg kami dirikan agak kecil kerana modal tidak lah terlalu banyak.cuma kami akan membuka kedai itu sebagai " langkah pertama" kami untuk terus maju setapak lagi. Terima kasih untuk ayah,isteri dan rakan-rakan ternak yg tak putus-putus memberi semangat kepada kami.

Pada peminat-peminat burung ,Saya cuma menjual kepada yg betol-betol berminat sahaja tetapi saya tidak memelihara atau membuat koleksi sendiri kerana kebanyakkan burung-burung itu dikenakan lesen untuk memilikinya. Kebanyakkan burung peliharaan saya telahpun dijual kerana kawasan tempat tinggal saya tidak dibenarkan memelihara binatang..nanti jiran marah.

Pada minggu lepas seorang kenalan saya telah pun membeli sepasang "Crested Wood Patridge" ataupun burung siol dari seorang rakan., sungguh pelik saya tengok burung ni. seumur hidup saya tidak pernah jumpa spesis burung kuang ni. Spesis ini saya pernah terlihat di KL Bird Park dan mungkin di Zoo / Taman Kuang Ajil.

Gambar yang saya tunjukkan ini cuma gambar dari internet sebagai contoh sahaja...