January 28, 2011

Incubator Manual 2011

Assalamualikum WBRT,

Seperti saya telah janjikan kepada pelanggan saya baru-baru ini , Pada tahun 2011 saya telahpun mengeluarkan model-model terbaru incubator Playwood berukuran MINI iaitu berkapasiti 35 Biji - 350biji, Beberapa model mini telah pun diperkenalkan, Pada tahun 2010 saya telahpun mengeluarkan incubator playwood yg menggunakan playwood berketebalan 9mm dan 12mm, Sungguhpun permintaan terhadap incubator keluaran kami dahulu iaitu dari tong TOYOGO masih ada lagi peminat tetapi "malang"nya nasib saya kerana tidak dapat meneruskan jualan incubator PVC "TOYOGO" itu kerana Supplier tidak dapat bekalan yang konsistent. Buat masa ini kami terpaksa menghentikan jualan incubator PVC tersebut.


Saya akan membuat incubator playwood ini cuma bergantung kepada permintaan pelanggan yg meminati "seni" pertukangan dan kelihatan agak kemas apabila incubator ini di liliti dengan besi aluminium tahan karat dan ianya secara tidak langsung menutup kemas lubang2 halus di sekeliling incubator.


Persiapan menghantar ke Kuantan , Pahang





Kepada bakal pembeli ,Saya akan memberi sedikit idea untuk pengemar incubator playwood ini untuk mengelakkan dari "kulat" naik di dinding incubator ini, cara terbaru untuk monitor suhu,maintain suhu kepanasan..Saya juga menyapu "double layer" shellac untuk mengurangkan adanya "kulat" didalam incubator tersebut.

Setiap pembelian anda akan mendapat :
1) 1 Set Incubator Playwood
2) Hygrometer (mengukur suhu kepanasan dan humidity)
3) Lampu suluh LED
4) Buku Panduan
5) Bulb Spare

Wassalam.

January 22, 2011

Local Parrot pun saya jinakkan






Salam,

Setelah lama tak update blog ...saya telahpun berjinak2 dgn burung-burung parrot dan burung-burung kicau (Singing birds)...kalau duduk di rumah time2 cuti memang best..kicauan burung bermula dari pukul 6.30 pagi memecah hening pagi.kadangkala bunyi button quail , diselangi dengan burung lovebird,serindit dan juga puling..terasa seperti duduk dlm hutan....layan la..
Ayam kampung?? Buat masa ni mmg saya slow skit kerana nak clearkan betol2 sampar ayam yg melanda tempat saya.banyak anak2 ayam arab mati pada bulan 11 tempohari...insyallah saya akan mula semula nanti.

January 2, 2011

Update Jualan Pikat Terkukur & Ayam Hutan Kacok

Assalamualaikum WBRT,

Saya just nak update sedikit info untuk pelanggan kami, Hampir 10 -15 orang telah pun menghubungi saya baru-baru ini untuk membeli terkukur pesum dan juga denak ayam hutan,

Untuk makluman tuan-tuan semua untuk burung terkukur pesum sudah pun habis stock ( yg dah jadi pikat) kerana ada beberapa orang telahpun "menyambar" dulu, Kepada yg pernah memiliki pikat terkukur mesti tahu masa yg di ambil untuk menjadikan seekor burung terkukur hutan/anak pesum sehingga menjadi pikat...agak lama juga untuk mengajar burung ni menjadi pikat..kadang ada yg ikot "mood" nk berbunyi or diam membisu bila bawa ke hutan..Nanti kalau dah ada stock saya akan "iklankan" ye..terima kasih kepada beberapa pelanggan yang lebih awal "menyambar" pikat terkukur tu.

Bagi Pikat Denak buat masa ni saya menghentikan jualan kerana "SAMPAR MELANDA KEMBALI"walaupun ada tinggal beberapa ekor dan ada juga yg dh "pencen" untuk dijadikan Induk..kami juga sedang mencari betina-betina kacuk hutan untuk dijadikan "bini" kepada induk tersebut. Kami tidak mengurung pun ayam-ayam ini kerana kami lihat ayam-ayam ni lebih aggresif mengais/mencari makan sendiri..
so makanan seperti jagung/dedak tak banyak kami beri...

PENYAKIT :

Sampar melanda kembali, sebelum ni anak-anak tetasan dari incubator telah pun banyak tetapi bila sampar datang semula kami terpaksa hentikan jualan ayam-ayam tersebut kerana takot merebak kepada reban pelanggan kami. Kalau nak dibandingkan ayam kampung ORI atau ayam arab dengan ayam kacok hutan ni...rasanya ayam kacok hutan ni lebih tahan penyakit juga..Banyak juga ayam arab saya tergolek mati tetapi ayam hutan kacok ni alhamdulillah masih sihat..bukan tkde yg mati langsung tetapi ada juga anak muda mati..tkpe la bukan rezeki namanya..

No Telefon :
Din - 013-255 7273
Ijan - 012-760 7532 (No baru)

Sebelum saya mengakhiri, Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua pelanggan kami yg berada di serata Semenanjung Malaysia, Sabah , Sarawak, Brunei dan Singapura...Semoga Kalian mendapat rahmat dari ALLAH Taala dan juga di Murahkan Rezeki.

Sekian,