November 11, 2010

Jualan Pikat Burung Terkukur & Pikat Ayam hutan kacok

Salam,

Saya ada beberapa ekor pikat burung terkukur dan Ayam Hutna Kacok yang dh jadi pikat untuk dijual..kalu tkde sapa nk beli saya terus nk buat induk..Terkukur ni dah tangkap dlm 50 ekor dan ada juga baru belajar tangkap beberapa ekor. Ayam pikat tu pulak semua dh tangkap ayam hutan.
Details boleh call abg saya di nombor (017-6639761 - Ijan) or call saje saya (013-2557273)
Tempat di Chinchin , Jasin.

Thanks.

November 3, 2010

Incubator C80 vs Incubator di Pasaran (Kedai-kedai)


Salam,

Ini adalah contoh incubator yang terbaru C80 yang boleh memuatkan sebanyak 75 - 85 Biji telor ayam Kampung ORI dalam satu-satu masa. Incubator ini adalah untuk pelanggan dari Pantai Timur.Pelanggan kami telah pun menempah selepas sahaja kami mengeluarkan Model C80 ini. Sekiranya saya berkesempatan untuk menyiapkan beberapa biji contoh untuk MAHA pada 26 Nov 2010 ini ,saya akan turut terlibat didalam program MAHA ini sekiranya diizinkan Allah . Insyallah.Cuma ada beberapa perkakasan yang masih belum mencukupi dan masih dalam perbincangan dengan suppliers bagi mendapatkan harga lebih rendah tetapi apakan daya sekiranya kami sebagai pengusaha kecil kecilan sering dipandang rendah oleh peniaga-peniaga barangan tersebut.
Sekiranya anda pergi ke Petshop ,cuba tengok jualan incubator di kedai-kedai telah pun wujud..hampir setiap kedai Petshop telahpun menjual incubator manual berkapasiti kecil.sebagai contoh saya pergi area KL . Incubator manual (still air) berkapasiti 36biji berharga RM380.00 (kosong je)

-Kelemahan yang saya nampak apabila anda membeli di Petshop :
1) Tiada Khidmat Nasihat yang betol (Jurujual Indonesia)
2) Setting suhu yang tidak betol
3) Tiada Hadiah sampingan (Mentol Spare)
4) Tiada Khidmat selepas Jualan. (Kalau tak faham nak tnya sapa? )
5) Buku Manual tidak jelas / tiada dalam pakej tersebut.


Setiap pembelian dari kami anda akan menerima beberapa hadiah aksesori yang boleh anda gunakan

- Thermo Hygrometer digital untuk mengukur suhu kepanasan / humidity
- Lampu suluh untuk proses candling telor
- Mentol Lampu spare
- Sponge/jaring pvc sebagai tray telor
- Buku panduan yg siap di binding dan mudah difahami


Terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan.Kami akan terus maju ke hadapan untuk memajukan industri penternakan unggas ini..

** Bagi pelanggan yang menggunakan incubator yg menggunakan thermometer digital (Keluaran lama) boleh menghantarkan email kepada saya untuk mendapatkan TIPS untuk setting suhu menggunakan thermometer digital. Thanks