December 22, 2010

Stock 2010 untuk di Jual!!!

Contoh Incubator Mini.


Assalamualikum

Saya berniat untuk membuat jualan MURAH MURAH bagi tahun 2010.

Incubator PVC TOYOGO = Kapasiti 150 Biji (Gambar seperti dalam post2 yg lepas)

Harga Sebelum Diskaun = RM300
Harga Selepas Diskaun = RM250

Incubator Playwood = Kapasiti 30-40 Biji
Harga RM180

Incubator Playwood = Kapasiti 50 Biji
Harga RM200

Setiap pembelian akan mendapat percuma Hygrometer + Lampu Suluh LED (Untuk Candling telor)

Stock Tak berapa Banyak ..

Sekian

December 13, 2010

Terima Kasih kepada pelanggan-pelanggan kami!!

Ada beberapa ekor ni dah di tempah oleh pelanggan dari Utara.

Induk Denak Hutan yg lepas bebas dalam belukar/kebun kelapa sawit

Button Quail yg telah pun matang - RM80 /pair

Lovebirds yang manja+jinak+mudah di ajar trick2 dgn bagi upah makan kuaci
Incubator Playwood MINI - C30

Assalamualikum W.B.R.T

Post kali ini cuma untuk mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH dan berbanyak terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telahpun membeli/menempah button quail blue breast/silver,ada juga menempah Lovebirds yg telah pun jinak/manja ,ada yang datang dari sekitar melaka,dari johor baharu,dari Klang, untuk membeli incubator PVC dan Playwood (Model MINI untuk pencinta ayam serama/puyuh/button quail),yang dari tangkak pulak memborong anak-anak puyuh yg hampir matang..Licin 2 reban (hehe..tak banyak pun sebenarnya tp kalu cakap 2 reban tu mcm banyak kan) Ada juga menempah ayam arab,tapi sayangnya saya tak boleh keluarkan lagi stock ayam arab kerana penyakit sampar datang semula di kawasan tempat tinggal saya..Jadi kami terpaksa menghentikan beberapa bulan ini untuk membersihkan/membasmi sisa-sisa bakteria yg masih ada di tempat kami.

Boleh saya katakan "Wabak Sampar" kali ini memang menguji kesabaran kita sebagai penternak..rata-rata dikawasan saya kena..tapi ada juga mmg tak kena langsung..so pada sapa2 yg lom kena lagi jgn la kita pi jengok ke reban rakan-rakan yg telahpun kena sampar..kepada yg dah kena tu pulak jgn la mai ziarah reban kawan2 yg lom kena...

Puyuh Pedaging kami sihat2 belaka....kadang timbul kerisauan kalau la puyuh pedaging pulak yg kena...huhhh....memang clear la kt tempat kami tu...

December 4, 2010

Update: Projek Menjinakkan Lovebirds & Button Quails Breeding Project











Salam,

Just nak update, Saya telahpun memiliki beberapa ekor Lovebirds untuk dijinakkan. Memang berbeza apabila kita memelihara ayam-ayam kampung,ayam kampung kacok/itik/puyuh pedaging..sbb saya memelihara di rumah sendiri di bandar seri putra,bangi.
setelah 3 bulan memelihara button quails (blue breast dan silver),kami cuma memulakan beberapa ekor induk yg di beli dari kenalan (rm40 seekor)..kini saya telah pun memiliki lebih dari 40 ekor..kalau saya bahagikan kepada pasangan(pair)..kami telah pun memiliki lebih dari 15 pair (jantan/betina)..yg selebihnya jantan yg tiada pasangan lagi.
Oleh kerana button quail ini jenis monogamous iaitu hidup berpasangan. Kalau puyuh pedaging kita boleh letakkan 1:4 (jantan seekor dan betina 4ekor) tetapi button quails ni berbeza..ianya seperti burung perliharaan yg lain..untuk pengetahuan semua 1st batch dan 2nd batch yg menetas menggunakan incubator telah pun mula bertelor..insyallah dalam masa terdekat ini mungkin batch-batch yg lain akan mula bertelor juga..insyallah.

Lovebirds adalah burung perliharaan seperti juga burung budgie yg kini dah ramai memelihara burung ini. Lovebirds ini agak jinak sekali sekiranya kita memeliharanya dari kecil..tetapi kita perlulah menyuap menggunakan "shrink" /picagari. makanan asas untuk anak-anak burung lovebirds ini agak mahal juga tetapi anak-anak burung ni bukan la makan banyak pun. harga untuk makanan anak burung ini adalah RM45 -Rm55 /KG..mahal kan??
Lovebirds ini mempunyai warna-warna yang agak menarik..bila tengok dekat2 mmg halus bulu dan warna nya.Tingkah laku anak-anak burung ni membuatkan kita sering tersenyum..memang bestttt...tetapi sekiranya anda beli yg liar..ianya seperti burung2 biasa yg liar dan agak sukar nak dekat dan pegang....sekian :)
Ciri-ciri Lovebirds yg ada kt rumah ni:
1) Jinak / manja
2) Nak kita selalu main-main/pegang
3) 2 ekor dah ajar trick (Up/Jump)
4) kena panggil nama. (Semuanya nama KIKI)
5) Ada yg mudah memahami apabila kita panggil nama.
6) Sll terbang atas kepala/tangan apabila kita bersiul/panggil nama
7) Potensi bercakap tu tak sure lagi..ada yg kata lovebirds ni boleh bercakap/dengar kata.

Harga2 anak lovebirds yg saya beli dari negeri pantai timur (Belum Tumbuh Bulu) :

1) Lovebirds peacface opaline - RM100
2) Lovebirds Australian yellow peachface - RM100
3) Lovebirds Fischer Lutino Red Eyes - RM200
4) Lovebirds Peachface Pied - RM100
5) Green Parrotlets - RM180

So conclusion ..memang best layan burung (jenis-jenis parrots yg jinak).yg bestnya boleh free fly dlm rumah..so mmg saya tk letak dlm cage pun..tak caya cuba la..

Sekian.

December 2, 2010

Jualan : Ayam Hutan Kacok untuk dijual - SOLD

Dah Tangkap 4ekor = RM150/ekor
Dah Tangkap 2ekor = RM100/ekor
Dah Tangkap 6ekor = RM150/ekor

Assalamualaikum,
Saya ada 3 ekor ayam hutan kacok yg dah jadi pikat untuk dijual, Ayam ni baru je tangkap beberapa ekor menurut tuan empunye ayam tersebut.
Sila hubungi saya jika anda berminat.

November 11, 2010

Jualan Pikat Burung Terkukur & Pikat Ayam hutan kacok

Salam,

Saya ada beberapa ekor pikat burung terkukur dan Ayam Hutna Kacok yang dh jadi pikat untuk dijual..kalu tkde sapa nk beli saya terus nk buat induk..Terkukur ni dah tangkap dlm 50 ekor dan ada juga baru belajar tangkap beberapa ekor. Ayam pikat tu pulak semua dh tangkap ayam hutan.
Details boleh call abg saya di nombor (017-6639761 - Ijan) or call saje saya (013-2557273)
Tempat di Chinchin , Jasin.

Thanks.

November 3, 2010

Incubator C80 vs Incubator di Pasaran (Kedai-kedai)


Salam,

Ini adalah contoh incubator yang terbaru C80 yang boleh memuatkan sebanyak 75 - 85 Biji telor ayam Kampung ORI dalam satu-satu masa. Incubator ini adalah untuk pelanggan dari Pantai Timur.Pelanggan kami telah pun menempah selepas sahaja kami mengeluarkan Model C80 ini. Sekiranya saya berkesempatan untuk menyiapkan beberapa biji contoh untuk MAHA pada 26 Nov 2010 ini ,saya akan turut terlibat didalam program MAHA ini sekiranya diizinkan Allah . Insyallah.Cuma ada beberapa perkakasan yang masih belum mencukupi dan masih dalam perbincangan dengan suppliers bagi mendapatkan harga lebih rendah tetapi apakan daya sekiranya kami sebagai pengusaha kecil kecilan sering dipandang rendah oleh peniaga-peniaga barangan tersebut.
Sekiranya anda pergi ke Petshop ,cuba tengok jualan incubator di kedai-kedai telah pun wujud..hampir setiap kedai Petshop telahpun menjual incubator manual berkapasiti kecil.sebagai contoh saya pergi area KL . Incubator manual (still air) berkapasiti 36biji berharga RM380.00 (kosong je)

-Kelemahan yang saya nampak apabila anda membeli di Petshop :
1) Tiada Khidmat Nasihat yang betol (Jurujual Indonesia)
2) Setting suhu yang tidak betol
3) Tiada Hadiah sampingan (Mentol Spare)
4) Tiada Khidmat selepas Jualan. (Kalau tak faham nak tnya sapa? )
5) Buku Manual tidak jelas / tiada dalam pakej tersebut.


Setiap pembelian dari kami anda akan menerima beberapa hadiah aksesori yang boleh anda gunakan

- Thermo Hygrometer digital untuk mengukur suhu kepanasan / humidity
- Lampu suluh untuk proses candling telor
- Mentol Lampu spare
- Sponge/jaring pvc sebagai tray telor
- Buku panduan yg siap di binding dan mudah difahami


Terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan.Kami akan terus maju ke hadapan untuk memajukan industri penternakan unggas ini..

** Bagi pelanggan yang menggunakan incubator yg menggunakan thermometer digital (Keluaran lama) boleh menghantarkan email kepada saya untuk mendapatkan TIPS untuk setting suhu menggunakan thermometer digital. Thanks

October 27, 2010

Breeding - Button Quail & Love Bird





Salam
Saya just nak share cerita terbaru tentang breeding project for next year..buat permulaan saya telah pun membeli beberapa ekor Chinese Painted Button Quail berwarna silver dan blue breast.
Untuk permulaan sebelum membina "aviary" untuk burung Budgie dan Lovebird, saya telah pun membeli dengan "breeder" dari negeri pantai timur..sebagai permulaan saya cuba "hand-feed" atau guna bahasa mudah adalah "suap" makanan utk anak-anak burung lovebird di rumah saya sendiri.

Button Quail kini telahpun membiak dalam masa 1 bulan ni baru je menetas dalam 33 ekor dgn pelbagai jenis.tetapi bagi pendapat saya agak sukar juga nak membela button quail ini bermula dari umur 1 hari - 7 hari..size yg amat kecil,sukar nak tahu samada anak button quail ni pandai makan/minum..ada beberapa ekor yg mati setakat ini..dalam 6 ekor je kot..yang sihat ada dalam 27ekor.. Rasa gembira pun ada ,rasa tertanya-tanya pun ada sbb tk tahu sbb anak button quail tu mati..adakah suhu brooder terlalu sejuk/panas..makanan yang saya beri tu tk sesuai.. Sehingga hari ini tak ramai yang jadi breeder untuk membiakkan button quail ni..lagi pun dh ramai yang berminat nak beli.buat masa ni saya nk timba pengalaman membesarkan anak2 button quail ini sebelum saya bole berkongsi cerita untuk bakal penternak "puyuh mini" ini.

Lovebird pun dah cuba bela ni..tp baru je dpt 2ekor.burung ni memang manja..bulu yg cantik, kalau tengok betol2 color lovebird ni..baka yang saya ada cuma seekor green peachface opaline,umur dalam 3minggu dan harga cuma RM100, yang manja sekali Fischer Lutino Red Eye...umur baru je 2minggu lebih..tapi harga RM200..mahal jugak kan??

Takpe la..since projek ayam kampung saya dh slow skit buat masa ni..insyallah saya akan teruskan perjuangan sebagai penternak unggas ni nanti selepas ada beberapa perkara peribadi saya selesaikan..so breeding project utk button quail dan lovebird ni saya tak buat di kampung halaman saya..saya nak buat research dulu di K.L

Sekian.

October 20, 2010

Model Baru berkapasiti 75 - 85 biji telor


Salam,

Model terbaru kini berada di pasaran sekarang. Ianya menggunakan sistem force air dan menggunakan Thermo Hygrometer bagi menyukat suhu kepanasan dan humidity. Bagi setiap pembelian anda berhak mendapatkan hadiah percuma dari kami!!! . Sesuai untuk pengguna yang baru kerana mudah untuk memantau suhu , anak - anak menetas kerana kotak plastik PVC yang transparent.......

Amat RINGAN!!!! cuma 2.5kg , Pembuatan yang amat kemas....

1) Lampu Suluh untuk proses candling
2) Buku Panduan
3) Jaring plastik dan sponge sebagai tray telor.
4) Mentol percuma.

Harga yang ditawarkan adalah RM255.00

Sekian..

October 17, 2010

Breeding project Chinese Painted Button Quail + Lovebird + Budgie Lutino

Budgie yang bakal ke rumah saya.

Lovebird ni amik yg jinak utk main2 je.

Telor - telor button quail bakal dimasukkan dlm incubator

Menetas semalam dan pagi tadi.

Salam,

Saje nak update pasal breeding project masa Raya Puasa tempohari..lepas raya je induk muda button quail ni dh mula bertelor walaupun ada segelintir kawan-kawan yang pernah breed button quail ni berkata..button quail ni mmg susah membiak,lambat bertelor,telor tiada benih,tak mahu mengeram sendiri, tapi bagi saya yg baru je berjinak-jinak dgn button quail ni ..alhamdulillah tiada masalah, button quail ambil masa cuma 2 bulan sahaja umurnya sebelum bertelor, cuma apa yang saya nampak apabila anak-anak menetas kadangkala tak tahu mencari makan atau minum, lepas 3,4 hari termenung ...terus mati. tkpe la nk buat mcmana..dah tkde rezeki..so pelihara aje yg mana sihat-sihat tu. Bila dah membiak nanti baru saya jual kepada yg berminat..harga pun bole tahan dulu masa saya mula2 nak bela..walaupun beli masa umur 2weeks - 3weeks .sekor bole cecah RM25 tapi kalu dh tau jantina..penjual tu jual dgn harga RM40 sekor..

Untuk bulan November ni pulak,saya akan mula menternak budgie dan lovebird...tk pernah ada pengalaman mcm ni tapi saya akan mencuba nasib saya pulak ke dunia burung - burung species parrot.. ada gambar ni adalah jenis burung - burung yang bakal saya pelihara..

Sekian

October 13, 2010

Koleksi induk Chinese Painted Button Quail






Salam semua,

Kami telah pun mempunyai beberapa ekor induk "Chinese Painted Button Quail " atau pangilan singkat "Button Quail". Kini galak bertelor tetapi kadangkala telor - telor mereka banyak yang infertile (Tiada Benih) kerana kurang pejantan.

Kami cuma ada dua verity colours iaitu dari jenis "Silver Button Quail" dan "Blue Breast Button Quail " tapi ada beberapa ekor betina tu macam jenis lain skit..tak sure jenis apa...mungkin cinnamon button quail. Anak-anak pun belum banyak...tk sampai 15 ekor lg. Insyallah pertengahan November ni bertambah dua kali ganda dari jumlah sekarang..

Picture yg kt bwh sekali tu amik kt internet sbb tk dapat amik cantik2..penat adjust camera..hehe..so layan je ye..picture yg lain2 tu semua saya punye induk muda.

sekian.

October 10, 2010

Model Terbaru Incubator dari Pak Teh Agro Farm

Salam,

Seperti yang saya janjikan, pada tarikh ini saya mengeluarkan Model Terbaru Incubator keluaran kami, tujuan saya mengeluarkan model jenis terbaru ini kerana setelah mengambil kira beberapa persoalan yang diajukan oleh penternak / pelanggan kami.

Pada tarikh ini 10-10-10 kami mengeluarkan model berasaskan kotak PVC (Toyogo) dan kami juga mengeluarkan incubator berasaskan papan playwood.

Keluaran model ini adalah bertujuan membantu para penternak yang baru ataupun telahpun menggunakan incubator samada dari keluaran kami ataupun dari pembuat incubator lain. Keluaran jenis ini samada dari Kotak PVC (Toyogo) ataupun playwood kami adalah jenis yg terbaik dari model-model keluaran terdahulu....baca selanjutnya..

October 6, 2010

Merealisasikan "HAJAT AYAHANDA" - Bab 2

Sambungan bab 1,

Sebelum saya terlupa, saya menjalankan bisnes ayam kampung,ayam arab,puyuh ni sbb "HAJAT AYAH" saya..dia mmg berminat sangat dengan ternakan ayam ni..kadang ayah selalu bercerita pada saya beliau makan "Gulai Puyuh" ketika ayah pergi ke madinah..tp sebenarnya puyuh tu mmg dari malaysia cuma chef kt hotel tu tolong masak gulai untuk jemaah umrah dari malaysia..

Pernah dahulu ayah membeli beberapa ekor anak puyuh.kami memang tiada pengalaman untuk membela puyuh, tapi masa tu kami di tipu oleh penjual puyuh tersebut (kedai haiwan)..hampir kesemuanya jantan,cuma beberapa ekor sahaja betina..tapi kami bertekad juga membela sedikit jantan dan betina. selebihnya ayah sembelih buat kari..

Kini puyuh telah pun membiak, tak silap perkiraan saya, hampir 500 ekor kini kami berjaya menetaskan anak puyuh walaupun kami cuma ada tk sampai 10 ekor betina masa tu.puyuh ni bertelor se-awal 40hari...cuma stop beberapa ketika sahaja.selepas tu puyuh-puyuh ni akan bertelor semula. Apa yg menarik puyuh pedaging ni kerana setelah hampir 10 bulan kami mula menternak, Alhamdulillah kami belum lagi di timpa musibah seperti puyuh bergaduh,sakit mata,selsema...saya tak menggunakan sebarang ubat-ubatan untuk mengawal penyakit.

Kini saya melangkah kepada burung - burung hiasan sebab tiada siapa yang boleh membantu menjaga ternakan yang banyak. Percubaan pertama saya iaitu membiakkan "Chinese painted button quail " dan selepas 2 bulan sudah mendatangkan hasil. sama juga puyuh pedaging..selepas 30 hari puyuh tersebut disembelih untuk dijadikan "puyuh frozen". kini ayah pun dah berjaya menetaskan telor puyuh,ayam kampung walaupun usia beliau 78 tahun. Pada mulanya agak sukar menetaskan telor tersebut, saya membantu,mengajar cara-cara menggunakan incubator dengan betol..alhamdulillah semuanye berjalan lancar..

Bagi yg baru menternak anda perlulah sabar,tabah sekiranya berlaku musibah seperti serangan penyakit sampar,selsema..saya masih lagi proses belajar untuk mengawal penyakit dari berlarutan.

Untuk ayah,mak saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam menjalankan perniagaan ini..terima kasih juga saya ucapkan pada ayah,mak yg menyokong penuh dalam perniagaan ini.cuma kadang kala saya memang tidak berkesempatan nak menjengok ayam-ayam di kampung. Tak lupa juga pada mak,ayah yang telahpun mendoakan kejayaan saya semasa ayah,mak pergi mengerjakan umrah tahun lepas sbb saya berpesan kalau mak,ayah berdoa di Hijir Ismail@ dibawah pancung emas , didepan pintu Kaabah ataupun di Raudhah tolong doakan kejayaan saya.Alhamdulillah pelanggan bertambah saban hari. Saya juga menerima beberapa panggilan untuk bekerjasama, membuat promosi di tempat mereka. Apa yg penting ayahanda,bonda merestui apa yang saya buat..bukanlah nak cepat kaya tapi minat pada ternakan tu penting..sbb kalu tkde minat mesti projek ni umpama " hangat-hangat taik ayam"

Memandangkan ayah,mak kadangkala tk berapa sihat..saya mengambil keputusan mengurangkan jumlah ternakan ayam ini kerana tak mahu mak,ayah membersihkan kawasan reban yang penuh dgn najis,habuk,bau busuk...kami tetap teruskan perniagaan ini tetapi saya cuma sebagai org tengah yg membantu beberapa penternak di kawasan saya untuk memasarkan hasil ternakan mereka..

Bagi yg pernah menggunakan incubator keluaran dari usahasama beberapa pembuat incubator terima kasih diucapkan..Pakej terbaru akan berada dipasaran bermula hujung minggu ini (10 - 10 - 10 )...saya mengambil tarikh ini kerana mudah ingat..

Sekian...

Merealisasikan "HAJAT AYAHANDA" - Bab 1

Assalamualaikum Wbrt.

Dah lama juga saya tak update blog ni..biasa la bila kerja2 yang tertangguh pada bulan puasa tempohari kena juga siapkan lepas raya ni.

Saya just nak update sedikit cerita suka duka menternak ni..hampir 2 bulan ni mmg ramai juga penternak yang di landa masalah penyakit sampar dan juga plebagai penyakit lain. banyak juga ternakan mati di merata tempat di seluruh malaysia..Saya juga tidak terkecuali tetapi alhamdulillah sedikit je yang mati.lagipun dh beberapa bulan ni saya mmg stop membeli anak benih..cuma menetaskan sendiri sahaja..oleh kerana ayah pun tk berapa sihat sekarang ni..so saya rasa sudah sampai masanya saya "slow" sedikit utk penjualan ayam kampung..

Saya rasa kalu kt reban kita yg banyak dah ada 200-300 ekor ayam...jujur saya katakan bukan semua ayam kita sihat walafiat..betol tak? ada je yg kecik2 tu selsema, kecacingan..nak ikutkan pengalaman saya menternak ayam pd skala kecil mmg dh lama..berbelas tahun bela ayam sabung,ayam kampung (utk makan saje) ...tp masa tu tk payah guna ubat-ubatan untuk menghindar sampar..cuma guna petua-petua dari ibu,kawan-kawan yang menternak ayam sabung.ubat-ubatan yang biasa saya guna adalah ,kunyit hidup,halia,patawali,hempedu ular dan juga putik pinang..(susah jugak nak dpt putik pinang ni..pokok tinggi melangit)..

Dulu pernah terlintas nak menternak banyak jenis-jenis unggas ni, tapi saya terpaksa "simpan" dahulu kerana buat masa ni mmg takde sapa nak tolong jaga. Saya pernah bela ayam polish..mmg cantik, dah besar tapi nak buat mcmana ayam ni membesar pada masa musim selsema..jadi mati ayam-ayam polish tu...kenapa nk pelbagaikan ternakan? kenapa tak nak fokus pada ayam kampung ORI sahaja ? Kalau kita pelbagaikan ternakkan..jadi makin ramai pelanggan yang akan cuba berurusan dengan kita...

Jadi saya cuba peluang baru iaitu peliharan puyuh pedaging, pasaran pun boleh tahan, penjagaan mudah, ....sambung pada episod akan datang...

September 17, 2010

Raya sakan ..Telor dalam incubator jangan dilupakan..

Salam Aidilfitri kepada semua, Mohon ampun dan maaf dipinta dari kami PAK TEH AGRO FARM


Telor - telor puyuh pedaging sebelum balik raya...lom sempt candling.

Cuba lihat perbezaan telor Ayam Kg/Kacok Arab/Puyuh pedaging/Button quail.

Cuti raya tahun ni mmg panjang ..saya mengambil kata putus meninggalkan button quail di rumah kami di bandar seri putra ni...baru start nak bertelor pulak tu.. satu lg yang saya tinggalkan adalah seratus lebih telor puyuh pedaging yang belom sempat proses candling lagi.
Raya sakan punye pasal tkpe la..saya balik ke kampung mertua dan kampung saya sendiri di jasin selama 6 hari..telor - telor tak pusing selama bercuti ni..kalau ada rezeki insyallah menetas la..
Balik cuti raya petang tu saya bergegas ke bilik setor utk tengok button quail dan telor di dalam incubator tu..nak kena candling pulak mlm tu..

Sebakul telor untuk dibuang.

Selepas candling...telor-telor ni bole buang sbb embryo telahpun mati dan ada yang tiada benih langsung dan blood ring (bacteria)..separuh dari jumlah telor-telor yang ada. Kepada yang menggunakan incubator manual anda perlu mengambil berat tentang pemusingan telor, kestabilan suhu didalam incubator dan proses candling telor.

Telor - Telor Button Quail (Berhasil tetapi sukar mendapatkan telor yg ada benih)


Cuma ini saje hasil kali ni..sbb penangan RAYA SAKAN punye pasal

Pada sesiapa yang belum menggunakan hygrometer ..pegi la beli atau order saje kat saya..nanti saya pos kan..anda cuma guna 1 saje hygrometer tetapi kegunaannya banyak samada anda ingin setting @ pantau suhu incubator dan suhu didalam brooder.
Banyak telor yang dh buang kerana tiada benih + Embryo mati pada stage ke 3 dan blood ring (bacteria)..

Satu tips berguna untuk anda :

1) Pantau suhu menggunakan hygrometer (kerana ada humidity %)
2) Kestabilan suhu didalam incubator amat penting untuk meningkatkan peratusan telor - telor yang dieramkan.
3) Pemusingan telor yang konsistent. (lagi kerap lagi bagus).. saya tk pusing 6 hari pada stage yang ketiga (hari ke 13 - 17) so ni la akibatnya..

Sekian sahaja tentang pengalaman saya meninggalkan telor-telor puyuh tanpa di pusing selama hampir seminggu.

September 5, 2010

Ternakan dan Perkhidmatan terbaru dari Kami - October 2010




Silver Button Quail


Di bawah ni induk button quail.



Salam ramadhan kepada pembaca / pelanggan kami,

Dah lama rasanya tk update blog sejak saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit perubahan kepada ternakan ayam kampung kepada burung puyuh (pedaging/chinese painted button quail).Reban pun dalam proses renovation lagi.buat masa ni masih dalam perancangan dan di dalam tempoh percubaan lagi sehingga hujung tahun ini.Pada dasarnya kami ingin menjadi penternak ayam kampung dan ayam arab sahaja tetapi masa tidak menyebelahi saya untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan ayam kampung ini dan ada sedikit sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Urusan jual beli dan perkhidmatan kami adalah :

1) Jual beli Ayam Arab dan Puyuh Pedaging (October 2010)
2) Jualan / service incubator manual (PVC jenama Toyogo dan Playwood)
3) Jualan aksesori incubator (Hygrometer, Thermometer Digital, Thermostart)
4) Usahasama : Jualan incubator Automatik.
5) Usahasama : Jualan Ayam sabung dan burung terkukur (Stock tak banyak)

Kami akan memulakan pembiakkan selepas Aidilfitri nanti.

1) Pembiakkan Puyuh Hiasan iaitu Chinese painted button quail dan White Courtunix.


Sekian

August 11, 2010

Aksesori incubator untuk dijual. - TIADA STOCK

Salam Ramadhan kepada semua pelanggan kami:

Saya ingin menjual aksesori incubator iaitu Thermo Hygrometer . Kegunaannya adalah penting bagi mempertingkatkan peratusan penetasan bagi satu-satu incubator, tidak kira anda menggunakan incubator PVC (Plastik) atau Playwood.

Saya telah pun menggunakan Hygrometer sejak akhir - akhir ini, ianya amat berkesan bagi menentukan tinggi rendah suhu "humidity" didalam satu-satu incubator...Bagi yang pernah menggunakan Hygrometer ini akan merasa perubahan didalam peratusan penetasan telor ayam kampung, burung puyuh,itik,ayam belanda..

Sila Klik di sini

August 10, 2010

My Baby Button Quail


SALAM ,

Saya telah pun berjaya mendapatkan beberapa ekor "Chinese Painted Button Quail"
size agak kecil berbanding puyuh pedaging IKTA / Puyuh Telor..saya cuba menambah lagi koleksi eksotik di dalam keluarga ternakan PAK TEH AGRO FARM. Apa yang menarik adalah button quail ini akan mula bertelor seperti puyuh biasa (sekiranya sesuai dengan persekitaran).
Saya bertemu dengan seorang pelanggan saya dari jerantut, Pahang menceritakan tentang pengalaman pelihara button quail yang pernah bertelor mencecah hampir 100 biji tetapi tidak dapat menetaskan telor-telor button quail itu kerana tidak ada incubator..Harga pasaran bagi Button quail ini adalah RM40 seekor dan anak berumur 3minggu RM25 seekor..Insyallah sekiranya saya berjaya menetaskan telor-telor button quail ini..saya akan menjual nanti..


Cuba Lihat size button quail ini cuma bersize anak puyuh pedaging berumur 5hari sedangkan button quail ini berumur hampir 1bulan.