October 6, 2010

Merealisasikan "HAJAT AYAHANDA" - Bab 1

Assalamualaikum Wbrt.

Dah lama juga saya tak update blog ni..biasa la bila kerja2 yang tertangguh pada bulan puasa tempohari kena juga siapkan lepas raya ni.

Saya just nak update sedikit cerita suka duka menternak ni..hampir 2 bulan ni mmg ramai juga penternak yang di landa masalah penyakit sampar dan juga plebagai penyakit lain. banyak juga ternakan mati di merata tempat di seluruh malaysia..Saya juga tidak terkecuali tetapi alhamdulillah sedikit je yang mati.lagipun dh beberapa bulan ni saya mmg stop membeli anak benih..cuma menetaskan sendiri sahaja..oleh kerana ayah pun tk berapa sihat sekarang ni..so saya rasa sudah sampai masanya saya "slow" sedikit utk penjualan ayam kampung..

Saya rasa kalu kt reban kita yg banyak dah ada 200-300 ekor ayam...jujur saya katakan bukan semua ayam kita sihat walafiat..betol tak? ada je yg kecik2 tu selsema, kecacingan..nak ikutkan pengalaman saya menternak ayam pd skala kecil mmg dh lama..berbelas tahun bela ayam sabung,ayam kampung (utk makan saje) ...tp masa tu tk payah guna ubat-ubatan untuk menghindar sampar..cuma guna petua-petua dari ibu,kawan-kawan yang menternak ayam sabung.ubat-ubatan yang biasa saya guna adalah ,kunyit hidup,halia,patawali,hempedu ular dan juga putik pinang..(susah jugak nak dpt putik pinang ni..pokok tinggi melangit)..

Dulu pernah terlintas nak menternak banyak jenis-jenis unggas ni, tapi saya terpaksa "simpan" dahulu kerana buat masa ni mmg takde sapa nak tolong jaga. Saya pernah bela ayam polish..mmg cantik, dah besar tapi nak buat mcmana ayam ni membesar pada masa musim selsema..jadi mati ayam-ayam polish tu...kenapa nk pelbagaikan ternakan? kenapa tak nak fokus pada ayam kampung ORI sahaja ? Kalau kita pelbagaikan ternakkan..jadi makin ramai pelanggan yang akan cuba berurusan dengan kita...

Jadi saya cuba peluang baru iaitu peliharan puyuh pedaging, pasaran pun boleh tahan, penjagaan mudah, ....sambung pada episod akan datang...

No comments:

Post a Comment