December 4, 2010

Update: Projek Menjinakkan Lovebirds & Button Quails Breeding Project











Salam,

Just nak update, Saya telahpun memiliki beberapa ekor Lovebirds untuk dijinakkan. Memang berbeza apabila kita memelihara ayam-ayam kampung,ayam kampung kacok/itik/puyuh pedaging..sbb saya memelihara di rumah sendiri di bandar seri putra,bangi.
setelah 3 bulan memelihara button quails (blue breast dan silver),kami cuma memulakan beberapa ekor induk yg di beli dari kenalan (rm40 seekor)..kini saya telah pun memiliki lebih dari 40 ekor..kalau saya bahagikan kepada pasangan(pair)..kami telah pun memiliki lebih dari 15 pair (jantan/betina)..yg selebihnya jantan yg tiada pasangan lagi.
Oleh kerana button quail ini jenis monogamous iaitu hidup berpasangan. Kalau puyuh pedaging kita boleh letakkan 1:4 (jantan seekor dan betina 4ekor) tetapi button quails ni berbeza..ianya seperti burung perliharaan yg lain..untuk pengetahuan semua 1st batch dan 2nd batch yg menetas menggunakan incubator telah pun mula bertelor..insyallah dalam masa terdekat ini mungkin batch-batch yg lain akan mula bertelor juga..insyallah.

Lovebirds adalah burung perliharaan seperti juga burung budgie yg kini dah ramai memelihara burung ini. Lovebirds ini agak jinak sekali sekiranya kita memeliharanya dari kecil..tetapi kita perlulah menyuap menggunakan "shrink" /picagari. makanan asas untuk anak-anak burung lovebirds ini agak mahal juga tetapi anak-anak burung ni bukan la makan banyak pun. harga untuk makanan anak burung ini adalah RM45 -Rm55 /KG..mahal kan??
Lovebirds ini mempunyai warna-warna yang agak menarik..bila tengok dekat2 mmg halus bulu dan warna nya.Tingkah laku anak-anak burung ni membuatkan kita sering tersenyum..memang bestttt...tetapi sekiranya anda beli yg liar..ianya seperti burung2 biasa yg liar dan agak sukar nak dekat dan pegang....sekian :)
Ciri-ciri Lovebirds yg ada kt rumah ni:
1) Jinak / manja
2) Nak kita selalu main-main/pegang
3) 2 ekor dah ajar trick (Up/Jump)
4) kena panggil nama. (Semuanya nama KIKI)
5) Ada yg mudah memahami apabila kita panggil nama.
6) Sll terbang atas kepala/tangan apabila kita bersiul/panggil nama
7) Potensi bercakap tu tak sure lagi..ada yg kata lovebirds ni boleh bercakap/dengar kata.

Harga2 anak lovebirds yg saya beli dari negeri pantai timur (Belum Tumbuh Bulu) :

1) Lovebirds peacface opaline - RM100
2) Lovebirds Australian yellow peachface - RM100
3) Lovebirds Fischer Lutino Red Eyes - RM200
4) Lovebirds Peachface Pied - RM100
5) Green Parrotlets - RM180

So conclusion ..memang best layan burung (jenis-jenis parrots yg jinak).yg bestnya boleh free fly dlm rumah..so mmg saya tk letak dlm cage pun..tak caya cuba la..

Sekian.

No comments:

Post a Comment