F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain.
March 24, 2010
Ayam ayam ...Jual Ayam , Jual Ayam!!!
Hello dan Salam semua,
Alhamdulillah rezeki Allah Taala, Ibu Bapa saya telah selamat kembali dari mengerjakan Umrah..hopefully apa yang ibu bapa saya doakan disana akan menambahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga..Amin
Pak Teh Agro Farm akan membuat penambahan pada penjualan anak-anak ayam dan ayam induk.Pak Teh Juga telah membuat janji temu bersama rakan ternak pak teh (Rakan Karib) yang telah berjaya di dalam bidang ternakan ini. Pak Teh bercadang akan membuat perubahan dari segi promosi ternakan..kerana setelah beberapa bulan ini pak teh telah membuat tinjauan di kalangan penternak - penternak di luar sana.
Perubahan akan dibuat adalah dari segi promosi anak-anak ayam yang ada di Ladang Pak Teh Agro Farm. Pak teh juga akan membuat promosi terbaru iaitu incubator berskala kecil yang diambil dari rakan karib saya tidak lama lagi kerana masih lagi didalam proses kajian lagi..sekiranya ianya berjaya , rakan saya akan membuat promosi untuk incubator beliau.. (Harga/kapasiti pun tak tahu lagi)..
Kami akan menumpukan kepada induk ayam arab silver dan ayam arab merah..Promosi bagi April sudah ditutup..kami akan membuat promosi ternakan kami pada June 2010 nanti.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment