Pak Teh Agro Farm Kini mengumpul sebanyak mungkin induk betina kampung Ori yg mempunyai bulu yg tebal dan berkaki kecil..memang tidak dinafikan ramai diantara penternak ayam kampung berusaha keras untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin induk betina kampung Ori.
Malah ada juga sanggup menjadi orang tengah untuk memenuhi keperluan semasa memandangkan permintaan induk betina kampung Ori ini terlalu tinggi..kami juga menerima tempahan ratusan ekor betina kampung Ori.
Pak Teh agro Farm membahagikan kepada 2 "grade" di ladang kami :
1) Ciri - Ciri Grade A :
- Muka Penuh / kecil
- Kaki berwarna cerah
- Berkaki sedang / kecil
- Berbulu lebat / tebal (Warna tk kisah)
- Tidak suka bergaduh. (Baka sabung adakala suka bergaduh)
2) Ciri - Ciri induk "Grade" B.
- Muka panjang / besar
- Kaki hitam
- Berkaki besar
- Berbulu nipis / keras (Warna tk kisah)
o Ini adalah di antara ciri - ciri yang kami ada buat masa ini tetapi masih tidak cukup untuk memenuhi permintaan para pelanggan.. Harga ada berbeza mengikut "Grade".
o Induk Jantan kami adalah Ayam kampung Ori dan baka Arab. Kami juga bercadang untuk memasukkan pejantan baka sabung untuk mendapatkan size agak besar sedikit.
Sekian.