November 16, 2019

16hb Nov 2019 - Tutup operasi selama 3 hari

Assalamualaikum
Cafe & animals farm ( tutup )
15hb - 17hb Nov 2019
Mohon maaf, Kami cuti beberapa hari kerana pemergian abah kami . Semoga roh abah dicucuri rahmat ALLAH S.W.T
Aminn.
.
.
#pakteh_farm #makteh_sweetbakers


October 26, 2019

27hb Oct 2019 - Hujan Rahmat di bumi Jasin

Assalamualaikum
Kami buka cafe hari ni , walaupun cuaca agak mendung + mulai ujan pada pukul 4ptg tadi.

Beberapa customer saja yg datang memandangkan hujan belum berhenti. Makcik2 yg biasa tapau je dtg mencari kuih2 panas..

Alhamdulillah , lewat petang baru ada beberapa customer yg datang menapau makanan, air.
Clear semuanya .. Kami tutup awal ye.. makanan aemua dh habis.

26hb Oct 2019 - Horse riding (Joy ride utk Kanak2 sahaja)

Assalamualaikum
Selamat pagi.. selamat bercuti semua.
Untuk info ,

Hari ni kami beroperasi seperti biasa ye.
Waktu Operasi pukul 2.45pm.
Lokasi Kami di kampung chinchin jasin
Address :
Lorong loji air 08, Jalan loji air kampung chinchin

info farm and cafe:

F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain. Lokasi di jasin Melaka.

Ada beberapa section di farm kami.
1) Animals Farm
2) Pets Play Pen
3) Climbing Wall
4) Riding Horse

#paktehfarm_legacy #pakteh_petshop #pakteh_agrofarm #pakteh_farm #kampungku #kampungchinchin #jasin #farmland #farmlifebestlife #farmlife #farmcafe #miniostrichfarm #minifarm #minizoo #tangkak #merlimau #muar

 Whatapps : 0176410008
FB Page: https://www.facebook.com/Pakteh.Farm/
Landmark : Cari surau loji air kampung chinchin. Lepas tu cari Lorong loji air 08. Naik ke atas terus. Nanti jumpa farm kami.
Tel: 0176410008


October 16, 2019

16hb Okt 2019 - Aktiviti anak-anak kami di waktu pagi

Assalamualaikum

Yg ni anak kami si A I S Y :

Saya suka suasana pagi macam ni. Syukur pada ALLAH. Syukur diberikan nikmat sementara. . Syukur kita ada masa bersama anak2 di setiap waktu.

a i s y b a h a g i a h i d u p d i k a m p u n g.

Kalau dgr nama adik syukur khamis ( Mowgli Malaysia) , mesti terbayangkan suasana kampung yg damai , adik syukur bersama ternakan kerbau beliau.

Kat rumah saya ada juga yg minat haiwan tapi tak sehebat adik syukur. Pagi2 lagi dia dh pi kejar haiwan-haiwan . Pi peluk haiwan. Kanak2 mcm ni suka explore. Dia nk tahu segala nya. Kalau waktu mcm ni saya lebih suka bawa dia keluar rumah. Dulu2 bila terjaga dari tido , benda pertama dia Cari adalah handfone. Tgk YouTube, main game. Benda ni yg merisaukan saya. Betol tak?

Kalu anda nak bawa anak2 ke sini. Especially waktu petang around pukul 6pm . Time ni kami bagi makan haiwan-haiwan yg lepas bebas. Anak2 anda boleh cuba bagi makan haiwan2 yg ada di sini.

Perancangan akan datang :
2018.
Kami bermula dengan beberapa ekor ayam. Kini dh dah hampir 200 ekor kesemuanya termasuk kuda-kuda, burung2 di sangkar , biri2 di farm. Kadang-kadang memerlukan pertolongan anak2 , bagi makan, minum, masukkan ke reban apabila hari dh senja.
Pelbagai jenis haiwan yang akan masuk ke farm kami especially jenis tidak memerlukan lesen ( non-cities) dan selagi tidak memerlukan kos yg tinggi . In Sha ALLAH.

Cafe mama:
Sama juga di cafe mama, anak2 juga dpt membantu kerja2 Di dapur, kemas meja makan, ambil order customer , adakalanya minta anak2 bantu buat kuih. At least mereka ada aktiviti lain . Kalau takde , mereka mengadap handfone saja.

Akhir sekali :
J O M L A Y A N G A M B A R A I S Y













Info farm and cafe:

F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain. @ Pak Teh Farm

October 13, 2019

13hb okt 2019 - Farm kami officially open to public

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yg memberi kami sekeluarga rezeki yang tidak putus - putus biar pun kami baru sahaja satu tahun lebih full time penternak & bekerja sendiri.

Utk perkembangan terbaru Kami telahpun membuka animals farm & café. Apa yg ada di sini kebanyakkan haiwan-haiwan jinak ( koleksi kami bukan la mcm zoo) . Harga lawatan agak rendah memandangkan haiwan2 cuma ada around 200 ekor. Rm5 ( dewasa) Dan rm4 (kanak2). Joy riding horse Rm5/per ride.























Haiwan-haiwan yang ada seperti burung2, ayam exotic, kuda-kuda , burung unta , biri2 , arnab , hedge hog , guinea pig, guinea fowl , burung merak , burung kuang emas.
In Sha ALLAH Kami akan tambah baik lagi dimasa akan datang.

Perancangan akan datang:
Kami yakin ini adalah salah satu usaha anak tempatan , Kami akan cuba berhubung terus dengan beberapa agensi kerajaan untuk membantu dari segi pengiklanan, penambah baik fasiliti haiwan-haiwan disini.

Ada yang bertanya keluasan farm kami. Ia cuma berukuran around hampir 2 ekar yg boleh memuatkan pelbagai jenis haiwan.

Selain dari itu, konsep animals farm & cafe ini adalah berlainan dari tempat-tempat makan yang ada di sekitar melaka ini. Menu utama di cafe ini adalah char kuey teow udang , Bihun sup tulang dan coconut shake.

Rancangan kami adalah untuk memperbesarkan lagi cafe ini. Kerana pada waktu-waktu tertentu adakalanya penuh dengan pelanggan dari luar daerah #jasin .
Ada yang kata kuih muih kami sedap2 belaka. Hehe. Alhamdulillah.
In Sha Allah Kami akan cuba yg terbaik utk kekalkan rasa dan kualiti kuih muih kami.

Sekian
Admin (Pakteh Farm)

September 12, 2018

12 sept 2018 - stock baby eclectus dan sc

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Maaf dah lama tak update blog ni. Jualan banyak tapi Kami iklan di Instagram dan Facebook page.

1) baby eclectus female
Umur : 6 weeks
Harga : RM2400 ( nego )
Available 2 ekor
Masih handfeeding

2) baby sun conure
Umur : 6 weeks
Harga : RM550 (nego)
Available 2 ekor
Masih handfeeding

Wasap : 0176410008
Lokasi kedai di kampung chinchin jasin melaka


March 18, 2018

18 march 2018 - Kami telahpun berpindah ke Melaka

Alhamdulillah
Seperti dirancang dulu. Pada tahun 2013 tak silap saya. Kami berangan-angan utk membuka sebuah farm utk keluarga kami.

Lokasi:
Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami telahpun mula menapak di tempat baru pada january 2018.Lokasi kami Di kampung chinchin jasin melaka.
Kebun masih dalam pembikinan.
Step pertama adalah berpindah dari kehidupan Bandar kepada kehidupan di luar bandar.

Nekad:
Kami tinggalkan kesibukkkan Kota KL. Saya berhenti kerja sebagai seorang jurutera IT Dan isteri saya melepaskan jawatan sebagai senior executive accounts di syarikat Oil n Gas pada thn 2016. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga 4 cahaya mata kami.

Langkah pertama:
Kami  telahpun membuka sebuah kedai haiwan peliharaan di jalan utama dari Bandar jasin - Bandar tangkak.
Hmm bnyk juga yg nk diceritakan nanti Kami akan sambung.

Hubungi Kami 0176410008(pakteh)




October 20, 2017

20 Okt 2017 - Tel No Kami Yang Baharu 017-6410008

Bismillahirahmanirahim

SELAMAT TINGGAL SELANGOR. kami akan berpindah dlm masa terdekat, Segala urusan sila whatapps/call pada no 0176410008 sahaja.

No tel lama 0133227141 saya dah TAK GUNA lagi
ye. no ni tidak dapat diselamatkan lagi. sb saya tidak lagi bekerja dgn syarikat dulu dah.

Bina Kehidupan Baru Di Melaka , Moga Dipermudahkan Segala Urusan


October 7, 2017

07 Oktober 2017 - Kami Akan Berpindah Ke Melaka

Assalamualaikum

Disini kami ingin meminta maaf ke atas segala kesulitan tuan puan yang menghubungi kami sejak kebelakangan ini, Untuk pengetahuan tuan puan kami akan berpindah dri Bandar Seri Putra Bangi ke Jasin Melaka tidak lama lagi,

Mohon Ampun dan Maaf kepada semua. Kami akan mula beroperasi selepas kami mendapatkan sebuah kedai untuk jualan burung dan makanan, aksesori burung dan haiwan lain. Kami akan update dari masa ke semasa.

Yang Benar
Pakteh 
(Pengarah Urusan)

April 29, 2017

29hb April 2017 - Stock Baby Parrots Utk Dijual

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum
Minggu ini saya ada stock baby parrots utk dijual, kesemuanya amat jinak dan mudah dijaga. Ada yang hampir makan sendiri , ada juga masih makan kaytee.

Kepada sesiapa yang berminat boleh la whatapps / contact saya di nombor 017-6410008 .

Burung Jinak Untuk Dijual
===================








a) Green Cheeked Yellow Sided
Umur : 7 Week
Backup Nestum Kaytee handfeeding.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Harga : 390.00









b) Green Cheeked Cinnamon
Umur : 5-6 Week
Masih Makan Kaytee handfeeding.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Harga : 350.00









c) Green Cheeked Yellow Sided
Umur : 7 Week
Backup Nestum Kaytee handfeeding.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Harga : 390.00










d) Green Cheeked Cinnamon
Umur : 5-6 Week
Masih Makan Kaytee handfeeding.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Harga : 350.00









e) Green Cheeked Yellow Sided
Umur : 7 Week
Backup Nestum Kaytee handfeeding.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Harga : 390.00






f) Sun Conure
Masih handfeed kaytee.
Dah bole ajar makan apple,millet.
Umur : 5-6 weeks
Harga  : 550.00




POS By bus rm20
minat call atau whatapps 017-6410008
Lokasi COD
Tol Nilai, Tol Putra Mahkota, Tol Bangi, Tol Kajang, PICC, TBS.