May 31, 2010

Hadiah Percuma pada setiap pembelian incubator

Setiap pembelian Incubator PVC (Toyogo dan NCI) ::

Promosi june ini kami menghadiahkan untuk setiap pelanggan kami.

Incubator Berkapasiti sehingga 150 Biji :

Baca Selanjutnya...


Jualan dari sahabat : Incubator Playwood

Usahasama dari seorang sahabat dari Johor :

Kami membuat 2 model terbaru untuk jualan incubator berkapasiti sehingga 240 Biji telor ayam...

Baca Selanjutnya...

May 20, 2010

White Crested Black , Just 3 weeks old.



Assalamualaikum semua,

Tetiba je  saya terpanggil nak beli white crested black..saje je nak main2 kt rumah sendiri..kalu ayam kg , puyuh semuanya kat kampung.. Saya beli 2 ekor je ..harap2 dapat jantan betina..

Sekian.

May 19, 2010

Urgent Sale!!

Ayam Arab silver berumur 7 minggu.

Jantan sudah berkokok...Ada 5 Ekor.. RM50!!!

Ada 3 Jantan 2 betina.. Sila klik gambar dibawah ini...ni la ayam nye.pagi td ambil gambar..



Sila ambil di exit Tol Bukit Mahkota. Tq

** Nak jual murah sebab ada customer cancel last minute...



Puyuh Menetas Lagi




Salam,

Semalam puyuh menetas menggunakan incubator kami..setakat ni hampir 50% telah pun menetas. Menurut sahabat saya penetasan  puyuh mengambil masa sehingga 17 - 18 hari dengan menggunakan suhu 37 darjah celsius dan humidity adalah 60%. Ini adalah menurut sahabat saya iaitu saudara " Ann" (Tauke besar puyuh daging di malaysia)..ladang terbesar dia dh siap dan insyallah mula beroperasi pada june 2010.syabas Ann..aku nk mai tgk ladang ko..bangga sangat aku ada sahabat yang dh berjaya..dengar cerita pengeluaran sebulan boleh mencapai 200 ribu ekor..nanti pak teh akan confirmkan ye..

Dengan menggunakan incubator ini saya cuma mengambil masa 15 - 16 hari tempoh penetasan.


Sekian.

May 17, 2010

Terima kasih kepada pelanggan kami!!

Salam,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan - pelanggan Pak Teh Agro Farm. Sabtu dan ahad lepas adalah hari " Bertemu pelanggan " ..semua yang telah order saya cuba hantar ..walaupun agak jauh, soal kos pengangkutan tak pernah saya kenakan...tu adalah servis yang terbaik bagi saya...walaupun cuma 5 ekor...dengan harapan semua pelanggan berpuas hati dan boleh berbual sekejap ..berbincang..bertukar-tukar pengalaman....pernah terlintas di fikiran saya untuk menggunakan van / kereta yang kurang menggunakan minyak...tp belum lagi mampu buat masa ni...apa yg saya mampu cuma sebiji kereta sahaja.. (enjin 2.0 ni mmg kuat makan minyak)...

Saya amat berterima kasih kepada semua samada pelanggan yang dari kota tinggi , muar, rembau, senawang,kelana jaya,kepong......semoga anda semua success...

Sekian.

May 12, 2010

PROMOSI :: Incubator berjenama "TOYOGO" dan berjenama "NCI"

Salam,

Incubator usahasama bersama rakan saya kini telah pun berada di pasaran. Incubator berkapasiti sehingga mencecah 150 biji telor ayam.

Kami menawarkan harga cuma RM270.00....Baca selanjutnya

May 6, 2010

Apakah benar Fayoumi adalah "Ayam Arab"

Salam Semua,

Disini saya ingin menjelaskan tentang jenis ayam ini  "Fayoumi" yang berasal dari Egypt .Mungkin ramai dikalangan penternak tidak mengenali lebih mendalam tentang ayam ini. Sekiranya kita menggunakan bahasa saintifik ia dipanggil sebagai " Egyptian Fayoumi" atau lebih mesra dipanggil "Ayam Arab". 

Dibawah adalah bukti yang saya baca di Wikipedia kerana ciri-ciri yang agak sama ::


The Fayoumi is a breed of chicken originating in Egypt. Fayoumis are a very old breed in their native region, and are named for the Faiyum Governorate southwest of Cairo and west of the Nile. They have been present in the West since at least the 1940s, when they were imported from Egypt by an Iowa State University Dean of Agriculture.

However, they are not officially recognized for exhibition by the American Poultry Association, and are not included in the Standard of Perfection.

With their upright tails and forward jutting breast and neck, they are sometimes likened to roadrunners. They are a light-weight fowl, with roosters weighing in around 2 kilos (4.5 pounds) and hens 1.6 kilos (3.5 pounds). They appear in a single variety

in roosters, the plumage is silver-white on the head, neck, back and saddle, with the rest in a black and white barring. Hens have heads and necks in the silver-white hue, with the rest barred. Fayoumis have a single comb, earlobes, and wattles are red and moderately large, with a white spot in the earlobes. They have dark horn colored beaks, and slate blue skin. Their appearance is remarkably similar to the Silver variety of the Campine breed of Belgium, and the Campine may be descended from a Fayoumi-like chicken brought north in Europe by the Romans.

 

Fayoumis are a hardy breed, and particularly well suited to hot climates.The breed, through poultry genetics research and anecdotal reports, is thought to be especially resistant to viral and bacterial infections. They are also very good foragers, and if left to their own devices on a free range basis they can fend for themselves in a nearly feral manner. Fayoumi hens are good layers of small, off-white eggs. They are not given to broodiness as pullets, but can be when they reach two or three years of age. The breed is fast to mature, with hens laying by four and half months, and cockerels crowing at five or six weeks.


Di sini anda juga boleh baca sebagai rujukan 

http://www.feathersite.com/Poultry/CGD/Fayu/BRKFayoumi.html


Sekian


Jualan Ayam Egyptian Fayoumi - umur 4 minggu

APA benda "Egyptian Fayoumi" tu??? 

Ni nama saintifik untuk ayam arab...cuba buat research kat internet untuk keterangan lanjut..

Insyallah saya akan update dalam blog ini juga nanti.

Pak Teh nak juai anak ayam fayoumi, umur 1 bulan dah...stock tak banyak.

Tempahan minimum 15 ekor

Harga RM8.80


Call - 013-2557273 (Din)



May 5, 2010

Kenapa Memilih Incubator keluaran Pak Teh Agro Farm?

Assalamualikum Semua,

Saya ingin menjawap persoalan beberapa pelanggan kami tentang Incubator "Force Air" PVC berjenama TOYOGO ini .walaupun ianya perlu kita sendiri memusing / menggolekkan telor secara manual tetapi ianya telah pun diubahsuai dengan menambah satu alat khas iaitu "AIR PUMP" untuk meniup udara oksigen yang bersih kedalam incubator.Sebenarnya incubator ini adalah dari hasil ciptaan rakan saya yang berada di tempat tinggal saya. Beliau sendiri telah mencuba beberapa kali menetaskan telor ayam kampung ORI sebelum meminta saya membuat promosi di blog Pak Teh Agro Farm.

Kepada pelanggan yang telah membeli incubator keluaran kami , jutaan terima kasih dari kami. Insyallah anda akan berpuas hati setelah menggunakan incubator ini sebagai alat penetasan telor-telor ayam.


Pengalaman saya apabila menggunakan incubator PVC ini:

Saya telah pun mencuba menetaskan telor ayam kampung, pada hari yang ke 18 / 19 anak-anak ayam mula menebuk telor.anda tidak perlu menunggu sehingga 21 hari lagi, cuma yang penting adalah proses candling selepas hari ke 7 , 10 , 15 dan juga pastikan air di dalam bekas mencukupi. Insyallah dengan usaha anda pasti akan berjaya.


Pelanggan yang mementingkan kualiti ::

Setakat ini kami telah pun menjual hampir 15 buah incubator berjenama TOYOGO ini walaupun baru sahaja 2 minggu di dalam blog . Ini terbukti kerana ramai pelanggan yang amat mementingkan kualiti kotak PVC yang tahan hentakan / tidak mudah retak@pecah, Penutup yang rapat dan kuat. ini akan dapat mengelakkan anak-anak anda cuba mengganggu proses pengeraman telor.


Bilakah Pak Teh Akan Mengeluarkan Incubator berkapasiti 60 biji?

Insyallah pada bulan jun atau julai incubator berkapasiti 60 biji akan berada di dalam pasaran.Harga akan ditentukan semula kerana harga bahan-bahan asas yang telah naik.


Sekian ,

Pak Teh Agro Farm