Assalamualikum Semua,
Saya ingin menjawap persoalan beberapa pelanggan kami tentang Incubator "Force Air" PVC berjenama TOYOGO ini .walaupun ianya perlu kita sendiri memusing / menggolekkan telor secara manual tetapi ianya telah pun diubahsuai dengan menambah satu alat khas iaitu "AIR PUMP" untuk meniup udara oksigen yang bersih kedalam incubator.Sebenarnya incubator ini adalah dari hasil ciptaan rakan saya yang berada di tempat tinggal saya. Beliau sendiri telah mencuba beberapa kali menetaskan telor ayam kampung ORI sebelum meminta saya membuat promosi di blog Pak Teh Agro Farm.
Kepada pelanggan yang telah membeli incubator keluaran kami , jutaan terima kasih dari kami. Insyallah anda akan berpuas hati setelah menggunakan incubator ini sebagai alat penetasan telor-telor ayam.
Pengalaman saya apabila menggunakan incubator PVC ini:
Saya telah pun mencuba menetaskan telor ayam kampung, pada hari yang ke 18 / 19 anak-anak ayam mula menebuk telor.anda tidak perlu menunggu sehingga 21 hari lagi, cuma yang penting adalah proses candling selepas hari ke 7 , 10 , 15 dan juga pastikan air di dalam bekas mencukupi. Insyallah dengan usaha anda pasti akan berjaya.
Pelanggan yang mementingkan kualiti ::
Setakat ini kami telah pun menjual hampir 15 buah incubator berjenama TOYOGO ini walaupun baru sahaja 2 minggu di dalam blog . Ini terbukti kerana ramai pelanggan yang amat mementingkan kualiti kotak PVC yang tahan hentakan / tidak mudah retak@pecah, Penutup yang rapat dan kuat. ini akan dapat mengelakkan anak-anak anda cuba mengganggu proses pengeraman telor.
Bilakah Pak Teh Akan Mengeluarkan Incubator berkapasiti 60 biji?
Insyallah pada bulan jun atau julai incubator berkapasiti 60 biji akan berada di dalam pasaran.Harga akan ditentukan semula kerana harga bahan-bahan asas yang telah naik.
Sekian ,
Pak Teh Agro Farm
No comments:
Post a Comment