June 29, 2010

Adakah anda memantau suhu incubator?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di pagi-pagi yang mulia ini pak teh ingin memberi sedikit tips untuk memantau suhu incubator manual anda. Saya juga ingin berkongsi ilmu yang mungkin anda semua masih samar-samar.

Berapa kekerapan kita nak pantau suhu incubator?

- KEKERAPAN adalah at least 5 hari sekali. actually tk kisah pun bila - bila , yang penting anda cek suhu maksimum incubator.Jangan lak tak check.

Bagaimana nak tahu suhu MAKSIMUM incubator tu?

- Cuba perhatikan apabila mentol yang sedang menyala itu mula PADAM. Apabila mentol padam bermakna , itu adalah suhu MAKSIMUM incubator anda. Sebagai contoh suhu yang digunakan adalah 38.5 - 38.6 darjah celcius sahaja.

Bagaimana nak mengubah suhu incubator?

- Apabila anda lihat suhu incubator itu melebihi suhu tersebut, anda perlulah mengubah sedikit sehingga dapat suhu yang saya katakan tadi. (38.5 darjah celcius)

- Cara - caranya adalah.

a) Sila pastikan sensor thermometer dan juga thermostart selari (lurus) , kadangkala kita terlanggar semasa melakukan proses menggolekkan telor. jadi anda perlu luruskan semula (jangan biar kedua - dua sensor itu bersentuhan pada dinding incubator atau bersentuhan diantara satu sama lain)

b) Sekiranya suhu maksimum anda cuma 37 darjah celcius (kurang dari sepatutnya) , jadi anda perlulah menaikkan sedikit suhu tersebut dengan memusingkan pengukur meter ke arah kanan sehingga mentol itu menyala.

c) Cuba pusingkan dengan cara menaikkan suhu (dari 37  > 40 darjah celcius) . Tunggu sehingga suhu pada penel thermometer itu naik sehingga mencecah 38.5 darjah celcius.

d) Apabila suhu di panel thermometer itu mencecah 38.5 anda perlu cepat - cepat memusingkan pengukur meter itu ke kiri semula (sedikit demi sedikit) sehingga lampu itu padam semula.


- Apabila anda telah melakukan langkah - langkah diatas, sila perhatikan sekejap sehingga ianya betol - betol mencecah 38.5 atau 38.6 darjah celcius.

Bagaimana pula sekiranya suhu tu melebihi 38.5 darjah celcius?

- Sekiranya suhu melebih dari 38.8 ,anda perlu lah menurunkan sedikit suhu tersebut. sila ikut langkah - langkah di atas.


PERINGATAN !!

- Sekali lagi saya ingatkan anda perlu lah memantau selalu suhu maksimum incubator anda. 

- Ikut proses candling seperti didalam buku panduan yang saya sertakan semasa pembelian incubator dari Pak Teh Agro Farm - ( hari 7 , 10 or 12 dan 15).

- Air jangan lupa tambah ye..

- Sekiranya ada anak mula menebuk telor tetapi selepas 10 jam anak ayam/anak puyuh tersebut masih tidak memecahkan cengkerang telor ..cuba bantu anak ayam tersebut dengan memecahkan sedikit demi sedikit cengkerang tersebut. tetapi sekiranya ada darah pada cengkerang telor, anda perlu hentikan dahulu.


Sekian sahaja untuk kali ini..

Wassalam..saya doakan anda berjaya.

terima kasih.

June 21, 2010

Brooder untuk anak - anak ayam / puyuh baru menetas




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pak teh menggunakan brooder ini yang menggunakan lampu merah.brooder ini cuma digunakan dalam masa seminggu kerana inginkan suhu kepanasan diantara 30 - 33 darjah celcius. Berbeza dengan brooder yang dulu saya menggunakan bakul yang berlubang - lubang. ada diantara anak - anak ayam / puyuh tidak dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tidak stabil.

Saya membuat beberapa lubang dan kadang kala membuka sedikit penutup. ada juga diantara anak - anak yang menetas tetapi tidak begitu matang (pre mature). Jadi saya pun letak didalam brooder ini untuk anak - anak ini dapat menyesuaikan diri pada sekeliling. Keputusan nya agak baik kerana anak - anak pre mature ( kelihatan murung ) sihat kembali..

Apabila semuanya sihat saya akan memindahkan ke brooder jaring..kepada penternak yang ingin mencuba menggunakan brooder mcm ini..silakan...saya buat mcm ni kerana terasa sayang kepada anak-anak ayam/puyuh ni kerana kita mengambil masa yang lama untuk tetaskan menggunakan incubator..bil electrik pun dh banyak guna..so apa salahnya kita jaga mereka ni sehingga ianya betol-betol sihat.

Wassalam

Proses tumbesaran embrio semasa proses pengeraman.


                                                                                                                               Gambar Contoh

Assalamualikum dan selamat sejahtera..

Pak teh ingin berkongsi sedikit info yang saya dapat dari internet. Proses tumbesaran embrio semasa proses pengeraman. Kepada penternak - penternak baru yang menggunakan incubator (mesin penetasan) ini adalah wajar anda mengambil kira tentang tumbesaran benih didalam telor.Anda boleh melihat dari proses candling (menyuluh) pada hari ke 7 , 10 atau 12 dan hari 15. Apabila anda telah biasa menggunakan incubator mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk membuat pemilihan telor yang bakal dimasukkan ke dalam incubator dan seterusnya proses candling.

Wassalam.

June 18, 2010

Tips proses pengeraman yang menggunakan incubator force air

Assalamulaikum w.b.r.t.. dan salam sejahtera bagi bukan muslim..


PROSES SEBELUM MEMASUKKAN TELOR.

Terlebih dahulu saya ingin berkongsi beberapa tips - tips apabila anda menggunakan incubator ( mesin penetasan ) force air. mungkin disini ramai yang baru sahaja menggunakan mesin penetasan telor (ayam,puyuh,itik,ayam mutiara,angsa). 

Dibawah ini adalah tips - tips bagi penternak yang baru sahaja menggunakan mesin penetasan telor ini :

1) Memastikan incubator didalam keadaan yang bersih.

2) Sebelum memasukkan telor - telor unggas anda perlu menyalakan lampu incubator, memasukkan air kedalam bekas air

3) Memastikan ianya mencapai suhu tertinggi yg ideal  iaitu (38  - 38.8 darjah celcius) . Bagaimana nak tahu suhu tertinggi? ..cuba anda perhatikan apabila lampu yang menyala itu PADAM / OFF.

4) Pastikan telor - telor itu bersih dari segala kotoran (tahi,tanah).Bersihkan menggunakan kertas pasir dengan menggosokkan secara perlahan.

5) Tandakan tarikh memasukkan telor dan tarikh yang dijangka menetas.

6) Habis satu proses...


PROSES MENGGOLEKKAN TELOR DAN CANDLING (MENYULUH).

1) Proses menggolekkan telor dilakukan sekurang-kurangnya 2 ,3 kali sehari.

2) Masa yang saya selalu practic adalah waktu pagi sebelum saya pergi kerja dan waktu petang selepas balik kerja.

3) Perlu tanda pada calendar hari yang ke 7 , 12, 15 untuk proses candling. Kalu anda beli incubator dari saya.anda dh tak perlu mencari lampu yang sesuai untuk proses candling.senang aje...terus guna.

** Hari ke 7.

- Ketulan jantung warna hitam sudah jelas nampak (mcm tahi lalat)

** Hari ke 12

- Pergerakkan jantung,kaki akan nampak.

** Hari ke 15

- Ruang didalam cengkerang telor akan kelihatan padat , hampir tidak nampak.

** Sekiranya pada  hari ke 7 > 10 cuma ada tanda blood ring sahaja tanpa ketulan jantung embrio (tiada proses pembesaran /perkembangan embrio) maka anda dinasihatkan keluarkan telor tersebut. ini bermaksud tiada benih didalam telor.

4) Sila hentikan proses menggolek telor-telor pada 3 hari sebelum tarikh menetas. Kalu terlebih masa menggolek ni takot-takot anak didalam cengkerang telor tu mati sebelum menebuk.


PROSES MENETAS DAN PROSES MEMINDAHKAN ANAK-ANAK AYAM.

1) Memberhentikan proses menggolekkan telor pada 3 hari sebelum menetas.

2) Apabila anak-anak ayam bersedia untuk menebuk telor itu anda dinasihatkan menegakkan muncung anak ayam itu keatas.

3) Ianya akan mengambil masa selama beberapa jam untuk keluar dari cengkerang itu. sekiranya lebih dari 10 jam..anda perlulah menolong memecahkan cengkerang itu sedikit dan hentikan sekiranya salut putih itu masih berdarah ketika anda memecahkan cengkerang tersebut.

4) Tunggu sehingga hari ke-2 anak-anak ayam didalam incubator itu. Jangan risau pump oksigen sentiasa memberi udara yang segar didalam incubator.

5) Selepas bulu kering dan anak ayam itu sudah mula berlari2 didalam incubator tersebut , anda perlu mengeluarkan anak-anak ayam tersebut ke dalam brooder / kotak.

6) Pastikan ada sumber haba panas iaitu lampu untuk anak-anak ayam tersebut bagi mengelakkan kesejukkan.


TIPS - TIPS PENTING UNTUK SUHU INCUBATOR.

1) Semasa memasukkan telor pastikan suhu tertinggi incubator anda. Sebagai contoh 38.5 darjah celcius.

2) Sila pastikan setiap 3 @ 5 hari  suhu tertinggi incubator anda. sekiranya terlalu rendah besar kemungkinan embrio didalam telor itu mati kerana kekurangan haba panas.

3) Sila pastikan bekas air tidak terlalu kurang. Suhu kelembapan adalah 60%

4) Sila pastikan mentol tidak terbakar dan sediakan sebiji mentol spare. (Saya akan bagi 1 mentol percuma pada setiap pembelian incubator.

5) Ikut arahan sebagaimana didalam buku panduan ( Saya bagi percuma buku panduan yang sudah di binding)

6) Elakkan incubator itu diletakkan di kawasan terbuka luas kerana takut udara yang kuat dari luar akan mengganggu kepanasan haba didalam incubator.


**Setiap usaha pasti berjaya...org lain bole berjaya so anda pasti akan berjaya juga.

**Jgn biarkan incubator tu mengeramkan telor tanpa perhatian..

Saya doakan anda berjaya menggunakan mesin penetasan telor dari kami. Terima Kasih.

Sila klik untuk HADIAH-HADIAH PERCUMA PADA SETIAP PEMBELIAN INCUBATOR

Wassalam.

June 15, 2010

Jualan : Ayam Jantan Arab Berumur 3 bulan

Salam semua,

Pak Teh ingin membuat jualan penghabisan stock!!

Ayam Jantan Arab berumur 10 minggu - 12 minggu (Hampir 3 bulan)

Harga yang ditawarkan adalah RM15 Sahaja (Harga Promosi).

Minimum order 2 ekor.

Ciri - Ciri Ayam ini :

- Sudah Berkokok

- Menunjukkan kematangan (mengejar betina untuk mengawan)

- Benih pembaka yang besar iaitu terbaik dari kami.

** Harga biasa ditawarkan adalah RM25

** Sebarang pertanyaan - 013-2557273 / email : salehudin.abd.majid@gmail.com

**SMS sahaja - saya akan buat panggilan semula , insyallah.

Terima kasih.