June 21, 2010

Brooder untuk anak - anak ayam / puyuh baru menetas




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pak teh menggunakan brooder ini yang menggunakan lampu merah.brooder ini cuma digunakan dalam masa seminggu kerana inginkan suhu kepanasan diantara 30 - 33 darjah celcius. Berbeza dengan brooder yang dulu saya menggunakan bakul yang berlubang - lubang. ada diantara anak - anak ayam / puyuh tidak dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tidak stabil.

Saya membuat beberapa lubang dan kadang kala membuka sedikit penutup. ada juga diantara anak - anak yang menetas tetapi tidak begitu matang (pre mature). Jadi saya pun letak didalam brooder ini untuk anak - anak ini dapat menyesuaikan diri pada sekeliling. Keputusan nya agak baik kerana anak - anak pre mature ( kelihatan murung ) sihat kembali..

Apabila semuanya sihat saya akan memindahkan ke brooder jaring..kepada penternak yang ingin mencuba menggunakan brooder mcm ini..silakan...saya buat mcm ni kerana terasa sayang kepada anak-anak ayam/puyuh ni kerana kita mengambil masa yang lama untuk tetaskan menggunakan incubator..bil electrik pun dh banyak guna..so apa salahnya kita jaga mereka ni sehingga ianya betol-betol sihat.

Wassalam

No comments:

Post a Comment