Sambungan bab 1,
Sebelum saya terlupa, saya menjalankan bisnes ayam kampung,ayam arab,puyuh ni sbb "HAJAT AYAH" saya..dia mmg berminat sangat dengan ternakan ayam ni..kadang ayah selalu bercerita pada saya beliau makan "Gulai Puyuh" ketika ayah pergi ke madinah..tp sebenarnya puyuh tu mmg dari malaysia cuma chef kt hotel tu tolong masak gulai untuk jemaah umrah dari malaysia..
Pernah dahulu ayah membeli beberapa ekor anak puyuh.kami memang tiada pengalaman untuk membela puyuh, tapi masa tu kami di tipu oleh penjual puyuh tersebut (kedai haiwan)..hampir kesemuanya jantan,cuma beberapa ekor sahaja betina..tapi kami bertekad juga membela sedikit jantan dan betina. selebihnya ayah sembelih buat kari..
Kini puyuh telah pun membiak, tak silap perkiraan saya, hampir 500 ekor kini kami berjaya menetaskan anak puyuh walaupun kami cuma ada tk sampai 10 ekor betina masa tu.puyuh ni bertelor se-awal 40hari...cuma stop beberapa ketika sahaja.selepas tu puyuh-puyuh ni akan bertelor semula. Apa yg menarik puyuh pedaging ni kerana setelah hampir 10 bulan kami mula menternak, Alhamdulillah kami belum lagi di timpa musibah seperti puyuh bergaduh,sakit mata,selsema...saya tak menggunakan sebarang ubat-ubatan untuk mengawal penyakit.
Kini saya melangkah kepada burung - burung hiasan sebab tiada siapa yang boleh membantu menjaga ternakan yang banyak. Percubaan pertama saya iaitu membiakkan "Chinese painted button quail " dan selepas 2 bulan sudah mendatangkan hasil. sama juga puyuh pedaging..selepas 30 hari puyuh tersebut disembelih untuk dijadikan "puyuh frozen". kini ayah pun dah berjaya menetaskan telor puyuh,ayam kampung walaupun usia beliau 78 tahun. Pada mulanya agak sukar menetaskan telor tersebut, saya membantu,mengajar cara-cara menggunakan incubator dengan betol..alhamdulillah semuanye berjalan lancar..
Bagi yg baru menternak anda perlulah sabar,tabah sekiranya berlaku musibah seperti serangan penyakit sampar,selsema..saya masih lagi proses belajar untuk mengawal penyakit dari berlarutan.
Untuk ayah,mak saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam menjalankan perniagaan ini..terima kasih juga saya ucapkan pada ayah,mak yg menyokong penuh dalam perniagaan ini.cuma kadang kala saya memang tidak berkesempatan nak menjengok ayam-ayam di kampung. Tak lupa juga pada mak,ayah yang telahpun mendoakan kejayaan saya semasa ayah,mak pergi mengerjakan umrah tahun lepas sbb saya berpesan kalau mak,ayah berdoa di Hijir Ismail@ dibawah pancung emas , didepan pintu Kaabah ataupun di Raudhah tolong doakan kejayaan saya.Alhamdulillah pelanggan bertambah saban hari. Saya juga menerima beberapa panggilan untuk bekerjasama, membuat promosi di tempat mereka. Apa yg penting ayahanda,bonda merestui apa yang saya buat..bukanlah nak cepat kaya tapi minat pada ternakan tu penting..sbb kalu tkde minat mesti projek ni umpama " hangat-hangat taik ayam"
Memandangkan ayah,mak kadangkala tk berapa sihat..saya mengambil keputusan mengurangkan jumlah ternakan ayam ini kerana tak mahu mak,ayah membersihkan kawasan reban yang penuh dgn najis,habuk,bau busuk...kami tetap teruskan perniagaan ini tetapi saya cuma sebagai org tengah yg membantu beberapa penternak di kawasan saya untuk memasarkan hasil ternakan mereka..
Bagi yg pernah menggunakan incubator keluaran dari usahasama beberapa pembuat incubator terima kasih diucapkan..Pakej terbaru akan berada dipasaran bermula hujung minggu ini (10 - 10 - 10 )...saya mengambil tarikh ini kerana mudah ingat..
Sekian...